Termos Viral Tahan Panas Berprinting

By Mar Mansor - 12:11 PTG

Assalamualaikum

Termos Viral Tahan Panas Berprinting | Lama sungguh saya tak update blog. Rindu sangat tapi tulah biasanya buka, tutup, buka, tutup. Sempat baca blog kawan-kawan as silent reader je.

Sebenarnya nak share mengenai termos viral ni. Teruja tengok termos ni sebab comel sangat. Rambang mata tengok warna-warna dia. Termos ni ada 5 pilihan warna yang berbeza. Saya pilih warna pink sebab pada saya warna pink sesuai untuk seorang gadis muda yang comel.


Termos ni saya tempah berprinting. Kreatif kan idea termos berprinting ni. Boleh print nama sendiri atau ikut kehendak masing-masing. Saya tempah dengan tulisan #cpteam2020 bersempena nama team kami.


Kalau nak tahu, air panas boleh tahan hingga 16 jam dalam termos ini. Begitu juga dengan ais. Tapi, seelokkanya bawa lah bekal air panas atau air suam. Seperti yang kita ketahui minum air panas atau hangat ni banyak manfaatnya. Lagi pula bila ada termos ni mudah lah kita nak bancuh air di mana-mana.

Ini lah dia si cantik manis yang dah bekerja bersama saya selama setahun. Dialah yang paling lama bertahan. Dah la cantik, manis, lemah lembut, baik pula tu.





  • Share:

You Might Also Like

6 comments

  1. comel tremos tu...rasa nak dapatkan satu juga lah

    BalasPadam
  2. Lawanya thermos tu , tempah di mana tu?

    BalasPadam
  3. www.nonwovenbagmalaysia.com.my/ www.magspremiums.com
    MAGS PREMIUM GIFTS SDN BHD We specialize in premium and corporate gifts printing (cenderamata korporat) , Welcome to custom made your own design on the gifts. Example: non woven bags, tshirt, lanyard, keychain, etc...

    BalasPadam
  4. 16 jam, lama tu, puas hati kan 😊👏

    BalasPadam
  5. haah la...cantik termosnya kak!

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.