Mouse Pad Baru Di 👀Penghujung Tahun 2020 | Banyak kenangan di tahun 2020 ni kan. Lebih-lebih mengenai Covid yang ntah bila akan tamat. Bayangkan Covid ni dari penghujung 2019, dan hari ni sudah pun hari terakhir 2020.
Kes di Johor naik mendadak. Perasaan takut jangan cakap la, simpan dalam hati. Moga kita semua di lindungi dari segala penyakit berbahaya. Nak ke mana-mana patuhi SOP. Ini saya perhati kalau selilih berjalan takde jarak. Kita pula yang terpaksa mundur mengelak dari orang. Kita jaga kita, maka bersama-samalah kita menjaga antara kita. Kalau kita patuh, tapi orang lain tak patuh tak guna juga.
Hujung tahun, saya tukar mouse pad baru. Yang lama ni dah keras kejung, dah terkopek-kopek. Tak sedar dah berapa tahun pakai ntah. Kalau saya ni kerja dah 11 tahun, mouse pad lama ni mungkin dah lebih 5 tahun. Itu pun dapat percuma.
Alamat di kalendar tu bukan kompeni saya.
Bila berkira-kira tukar mouse pad baru, pilihan saya haruslah mengikut minat sendiri.
Perkara Yang Perlu Dilakukan Bila Bayi Mengalami Nafas Laju | Pernahkah korang mengalami situasi sebegini? Di mana bayi atau anak kecil korang tiba-tiba sukar bernafas dan dadanya berombak kencang.
Bagaimana mengesan bayi korang mengalami nafas laju? Apa tu nafas laju? Saya kira bagi ibu bapa yang mempunyai anak kecil pasti mengetahui akan hal ini. Situasi nafas laju ni bila kita lihat bayi kita sukar bernafas, mengah, dan dia bernafas agak laju. Kita dapat perhatikan dadanya berombak dan ada lekukan bila dia bernafas. Bila berlaku keadaan sebegini, jangan lengah untuk bawa terus ke hospital bahagian kecemasan.
11 Disember 2020 - Saya pergi dan balik kerja seperti biasa. Balik dari tempat kerja terus ambil anak-anak di rumah pengasuh. Masa tu pengasuh beritahu yang Azri mengah, macam susah bernafas. Ye, saya dapat perhatikan dia tidak aktif seperti selalu malah nafasnya berbunyi wisel.
Biasanya bila nafas berbunyi berdesing atau wisel ini kerana hidungnya telah tersumbat, samada dengan hingus atau susu. Bila anak bernafas, tengok bahagian tepi dada dan perhatikan tulang rusuk. Perhatikan ada lekuk atau otat timbul tenggelam.
Sampai rumah saya terus siapkan barang-barang untuk ke hospital. Yelah, kalau ke hospital bukan sekejap masanya. Usai maghrib, kami ke HSA (Hospital Sultanah Aminah). Suami menurunkan saya dan Azri di hadapan bahagian kecemasan. Saya terus scan QR code dan beratur di hadapan kaunter. SOP perlu diikuti ye. Tiba giliran saya, petugas di kaunter bertanya, sebab apa datang ke sini. Terus saya bagitau nafas anak laju. Dia bingkas dan menyelak baju Azri. Kemudian terus membawa saya masuk ke zon kuning.
Inilah kami di bahagian zon kuning. Azri diberikan neb sebanyak 3 kali. Setiap kali selesai buat neb, doktor akan periksa keadaannya. Rehat 15 minit, sambung buat neb lagi. Selesai neb kali ke-3, Azri diminta membuat x-ray pula. Terus terang saya katakan segala urusan tidak perlu menunggu lama. Setelah mendapat result, kami kembali ke wad zon kuning dan menunggu doktor memeriksa Azri lagi.
Berehat sebentar minum susu. Lega sangat bila dia dah mahu minum susu. Sebelum ni dia tak nak minum. Botol susu tu dipegang je. Mungkin tak selesa itu yang tak boleh nak minum. Diapers pon ringan je tau sebab dia kurang minum (kurang kencing bila kurang minum).
Jam di dinding sudah menunjukkan 10.30pm. Doktor meminta waris menguruskan kemasukan Azri ke wad. Selesai urusan kemasukan wad, seorang petugas datang bersama setong kecil oksigen. Azri dipakaikan wayar tiub oksigen. Kemudian, kami berjalan ke wad.
Ayahnya pula selesai menguruskan kemasukan wad, dia terus uruskan Aisyah dan Alif pula. Aisyah dan Alif menumpang tidur di rumah adik ipar saya. Kemudian, dia terus pulang ke rumah untuk mengambil barang-barang saya dan Azri pula. Patah balik ke hospital pula untuk menghantar barang kami dan kemudian pulang untuk berehat.
Masa di wad, selera makan Azri sudah ada. Meskipun makan sedikit-sedikit tapi legalah juga hati ni sebab dia dah makan. Siap peluk botol air masak dah tu. Meskipun begitu Azri masih perlu memakai oksigen. Dadanya masih berombak dan masih ada lekuk. Jam 12 tengah malam, Azri mengambil neb lagi. Jururawat mengajar cara memasang tiub wayar di mesin dan ubat berbentuk cecair yang dipasang perlu dihabiskan. Neb perlu diambil selang 4 jam. Neb seterusnya adalah pada jam 6 pagi.
Selesai mengambil neb jam 12 malam, Azri tak tidur dah. Sibuk nak tengok Didi & Friends pula. Saya layankan ajelah lagi pun badan pun dah penat, memang rasa nak tidur je ni. Maka berbaringlah saya di katil bayi bersama Azri.
Jam 6 pagi, saya bangun dan bersihkan diri. Kemudian terus bawa Azri ke bilik tengah untuk mengambil neb lagi. Selesai neb, segar bugar pulak kan budak kecik ni. Dia terus tak tidur tau. Saya pula yang rasa dah mamai. Yelah, mengantuk kot. Balik kerja terus shot ke hospital. Tidur di wad pula tu.
Sebelum jam 8 pagi, saya mandikan Azri. Yelah nanti doktor akan meronda kan, biarlah anak tu nampak bersih. Suka sungguh Azri bermain air di hospital ye. Bising mulut dia seperti selalu.
Pemeriksaan doktor pagi itu, Azri masih perlu memakai oksigen sebab nafasnya masih laju dan dari segi pengiraan per minit pun belum capai kiraan yang selamat.
Cara pengiraan nafas
< 2 bulan : < 60/minit
2 bulan - 1 tahun : < 50/minit
1 - 5 tahun : <40/minit
Macam Azri, berusia 1 tahun 9 bulan, kalau kira tu memang lebih 50. Hampir cecah 60 tau masa awal-awal tu.
Pemeriksaan doktor jam 8 pagi tu, Azri masih perlu memakai oksigen, tapi neb seterusnya bertukar dari 4 jam sekali kepada 6 jam sekali. Bermakna neb seterusnya pada jam 12 tengahari. Lega sikit lah. Pemeriksaan jam 10 pagi, doktor sahkan sudah boleh buka wayar oksigen. Alhamdulillah. Takdelah dia mengaruk nak cabut wayar je. Tapi, lasak kemain lepas dah cabut wayar. Tak nak duduk atas katil dah. Dia minta pakai kasut, saya pakaikan. Tapi, terlalu lasak pula. Hingga jururawat tegur agar tiadak terlalu lasak, khuwatir dia mengah. Memang pun. Nanti kejap-kejap dia duduk. Penat.
Ikutkan selesai neb jam 12 tengahari tu, doktor akan datang memeriksa Azri lagi. Tapi, doktor sibuk. maka kami tunggu ajelah keputusannya. Hingga saya suruh ayahnya balik rumah dulu sebab takut Azri mungkin akan kena bermalam di hospital lagi. Neb berikutnya adalah jam 6 petang.
Lebih kurang 5.15pm, paed datang memeriksa keadaan Azri. Azri diberi discharge atas jaminan saya boleh memantaunya dirumah. Sekiranya berlaku lagi seperti sebelum ni, segera ke hospital semula dan tunjuk surat ini di kaunter.
Dari surat doktor, Azri didiagnosis Acute Bronchiolitis.
Apa punca penyakit Acute Bronchiolitis ni?
- Memiliki kekebalan tubuh yang rendah.
- Lahir pra matang.
- Berusia kurang dari 3 bulan.
- Tidak pernah mendapat ASI.
- Tinggal dilingkungan padat.
- Sering melakukan kontak dengan anak-anak lain.
- Sering terdedah dengan asap rokok.
- Ada sakit paru-paru atau jantung.
Alhamdulillah, syukur Azri dah boleh balik. Inilah bil Azri selama dua hari. RM3. Terkejut saya. Hanya RM3. Walau apa pun saya sangat bersyukur sebab segera ke hospital.
TAJ Taman Rinting - Pilihan Tadika Alif | Dah hujung tahun saya baru bercerita tentang persekolahan Alif ni. Maklumlah, baru sempat sekolah 3 bulan, dah PKP. Sekolah sekejap-sekejap, banyak sesi pembelajaran di rumah. Itu pun mak pak yang berkerja ni hanya mampu pantau pelajaran anak di waktu malam sahaja.
Bukan mudah nak masuk ke TAJ ni. Siapa tak mahu masukkan anak bersekolah di sini sebab ianya tadika di bawah kerajaan Johor. Bayaran juga murah berbanding tadika swasta yang lain. Dari segi silibus pula, sangatlah berpuas hati. Kalau nak tahu, hari pertama pembukaan pendaftaran je pelajar dah penuh tau sebab tadika ini hanya mengambil 23 pelajar. Siapa cepat dia dapat. Borang pun perlu dihantar pada hari yang sama.
Sebelum anak memulakan sesi persekolah, seperti biasa diadakan taklimat ibu bapa. Alhamdulillah saya dapat hadir bersama suami dan adik beradik Alif yang lain. Bergaya tak Alif?
Beg sekolah dan bekas pensel pemberian pihak tadika.
Ini pula hari pertama Alif ke sekolah. Waktu ni belum dapat baju uniform lagi. 2 bulan jugalah pakai baju putih berseluar sukan ni sebelum dapat uniform rasmi TAJ.
Hari pertama muka dah monyok. Mujur ada cucu pengasuh bersekolah di sini, jadi mudah bagi saya mengendalikan perangai Alif ni. Pergi balik sekolah pon dihantar dan dijemput oleh anak pengasuh.
Ini pula sedikit perkongsian aktiviti di dalam kelas. Sebenarnya banyak sangat gambar yang cikgu kongsikan.
Ini gambar kembali persekolahan selepas PKP. Sempatlah sekolah beberapa minggu. Masa ni pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan mengikut SOP yang telah ditetapkan. 1 kumpulan hanya 11 atau 12 pelajar sahaja.
Baju bertemakan "Cita-cita saya" Saya belikan baju pilot untuk Alif. Yelah bukan senang nak cari baju macam ni. Ikutkan hati saya nak pakaikan dia topi keselamatan dan bekalkan spanar. Tapi susah pula cari last minute ni.
6 Disember 2020 - Tamatlah sudah sesi persekolahan tadika 5 tahun. Seminggu sebelum tu ada sesi penilaian, buat di rumah sahaja dan hantar ke tadika setelah siap.
Inilah dia sedikit kenangan dari Cikgu TAJ Taman Rinting buat ibu bapa dan anak.
Honeycomb Bee - Dessert Viral | Korang dah pernah rasa ke belum? Kalau belum lagi, amatlah saya recommend untuk korang cuba.
Seperti yang telah sedia maklum, madu ni banyak khasiatnya. Mari saya kongsikan serba sedikit khasiat madu untuk kesihatan. Antara khasiat madu adalah meningkatkan kekuatan badan. meningkatkan metabolism badan, mencegah penuaan (ni kaum hawa pasti suka dengar), meningkatkan kesuburn, mangatasi batuk dan selsema, mengatasi radang tekak dan banyak lagi.
Berbalik pada dessert viral abad ini, Honeycomb bee ni merupakan manisan yang sedap di makan bersama seisi keluarga. Manis-manis semanis madu digabungkan dengan rasa lemak aiskrim vanila. Ditambah pula kerangupan empingan jagung dan rasa lembut boba gold. Siap ada sarang madu lebah lagi.
Fuh.. padu gaisss!
Eh tu tak cukup best lagi? Eh ada lagi. Di Honeycomb bee boleh request untuk add topping kegemaran korang tanpa cas tambahan!
Biasa
Topping coco crunch
Topping oreo
Saya je dah dua kali menyinggah beli. Sekali beli mana boleh beli satu je nanti tak cukup!
Pertama kali beli.
Pastu, kita beli lagi!
Anak-anak memang suka akan rasanya. Ralit diorang makan sambil tonton tv.