Gift

Potluck JDT Blogger - Sesi Tukar Hadiah

8:00 PG

Assalamualaikum

Potluck JDT Blogger - Sesi Tukar Hadiah | 20.05.17 - Acara yang dinanti-nanti setelah dirancang sekian lama. Pertemuan sekali lagi ahli komuniti JDT Blogger. Meskipun ramai tak dapat hadir, majlis tetap berjalan dengan lancar dan meriah.

❤❤❤
Tarikh : 20.05.2017
Tempat : Tasik Bukit Layang-layang, Pasir Gudang
Waktu : 11.00 pagi
❤❤❤

Blogger yang terlibat;
Kak Mia - Mialiana
Kak Eda - Kisah Si Diary
Kak Hernee - Hernee Nazir
Mama Maszull - Cerita Dari Hati Mama
Saya - Janji Kita
Uyul - Uyul Rosli
Juju - Kasih Juju
Nona Sani - Life With Love
Suzlin - The Real Blogger Mak

Meh le skodeng blog mereka.

Di sinilah lokasi kami berkumpul

Belon dari Nona

Acara dimulakan dengan sesi tukar-tukar hadiah. Seorang ahli bawa 1 hadiah dalam lingkungan RM30.

Hadiah yang dibawa.


Nona bertindak sebagai pengacara majlis pada hari itu. Bidan terjun. Janji majlis berjalan dan kegembiraan sesama kita lebih penting.

Cara cabutan hadiah mudah sahaja. Kak Hernee tulis nama blogger yang hadir. Kemudian, kertas digulung dan diletakkan ke dalam mangkuk. Kemudian, cabutlah undi. Nama yang dicabut akan menerima hadiah dari pencabut undi. Simple je kan.

Kak Mia dapat hadiah dari Nona

Kak Hernee dapat hadiah dari Kak Mia

Juju dapat hadiah dari Kak Hernee.

Mama dapat hadiah dari Juju.

Saya dapat hadiah dari Mama

Uyul dapat hadiah dari saya.

Suzlin dapat hadiah dari Uyul.

Part terakhir, Kak Eda dapat hadiah dari Suzlin manakala Nona dapat hadiah dari Kak Eda.

Maka, selesailah sesi tukar-tukar hadiah.




Gift

Hadiah Sempena Hari Guru 2017

8:00 PG

Assalamualaikum

Hadiah Sempena Hari Guru 2017 | Sudah ada anak bersekolah, mulalah fikir macam-macam. 16 Mei merupan Hari Guru di Malaysia. Haruslah ada beri hadiah pada cikgu-cikgu Cik Aisyah. Cikgu Cik Aisyah hanya 2 orang.
Mereka sudah berjasa memberi pendidikan pada anak saya.

Berjasa mengajar anak saya.
Berjasa menyediakan makanan untuk anak saya.
Berjasa menjaga dan memantau anak saya.
Berjasa cebukkan kencing berak anak saya.

Banyak pula bila dah mula menaip ni..

Sempena hari guru, saya tempah bantal bersaiz A6 ini untuk cikgu-cikgu di sekolah Cik Aisyah.



Saya tempah di mana?