Kad Miles

Kad Miles Petron Sudah Ada Tarikh Luput

10:52 PG

Assalamualaikum

Kad Miles Petron Sudah Ada Tarikh Luput | 2017 - 2018, semakin berlumba-lumba stesen minyak memberi mata ganjaran. Bagi pengguna kenderaan memang agak tertekan juga dengan jadual harga minyak yang berubah setiap minggu. Senang cakap, perubahan akan diumumkan setiap hari Rabu.

Lepas jam 6 petang aku check harga minyak, naik ke turun ke. Kalau minyak mahal, aku isi sikit. Kalau minyak turun, aku isi lebih sikit. Isi tetap kena isi beb, kalau tak kereta kau tak bergerak, jahanam jugak.

Entri lama dalam blog Janji Kita ni, Kumpul & Tebus Mata Ganjaran Kad Miles Petron. Entri ni meskipun publish pada 2014, tapi masih aktif hingga kini. Nak buat kad Miles, mudah je, klik SINI.

Mata ganjaran Kad Miles kini ada tarikh luput. But, dont worry, tarikh luput dia bapak lama lagi. Sempat kau dah bercucu.

Last aku isi minyak hari Rabu hari tu, dan itulah mata ganjaran terkini. Dah boleh sangat kalau nak redeem minyak RM45.