Punya seorang anak kecil membuatkan aku terkejar-kejar untuk menguruskan anak dan rumah. Ditambah pula aku bekerja, cukup melelahkan. Tetapi, lelahku hilang tatkala melihat wajah si comel tersenyum memandangku. Aisyah sudah pandai tersenyum lebar bila diagah. Kadang kala dia menjerit kesukaan. Wajah comel itu cukup membuatkan aku bahagia. Aisyah sudah jarang berjaga malam. Tidurnya lena di kala malam menjelma.
Ketika Aisyah tidur, bermula lah kerja-kerja ku sebagai suri rumah pula. Sebelum dia terjaga dan meminta susu, aku perlu membereskan kerja-kerja rumah dengan kadar segera. Membasuh kain, menyidai kain, menyapu rumah (ditambah pula rumah ku kerap benar dimasuki habuk), melipat kain, membasuh pinggan, hatta memasak.
Mujur saja di bulan ramadhan banyak bazar dibuka. Pulang dari kerja aku terus memandu ke bazar paling dekat dengan rumah ku untuk membeli juadah berbuka puasa. Cukup lah untuk sekadarnya. Andai punya semangat untuk memasak, pulang dari tempat kerja terus meluru ke dapur. Selongkar saja apa yang ada di dalam peti ais.
Pergerakan ku setelah punya anak kecil cukup terbatas. Tapi aku sudah mampu menarik nafas sekarang kerana Aisyah sudah berusia 3 bulan setengah. Dia semakin besar dan semakin mudah untuk dijaga. Seakan memahami apabila aku berpesan padanya.
Pernah aku sedikit terasa hati apabila suami tidak membantu ku untuk menjaga si comel di tengah malam. Apa tidaknya, aku turut bekerja dan aku juga memerlukan tidur dan rehat di malam hari. Namun aku gagahi juga bersengkang mata setiap hari melayani karenah si comel di tengah malam hingga ke pagi. Sejak dia pandai berceloteh (walhal aku tidak faham langsung butir bicaranya),A-oo-A-oo..grr.. Comel sungguh dia bila merajuk dan merengek apabila aku tertidur di sisinya sedangkan dia masih lagi berjaga.
Satu hari, terluah juga apa yang terpendam di dalam hati.
“Abang tak tolong pun jaga anak malam-malam. Mar pun kerja juga..”
Suami ku hanya tersenyum dan jawapan dia..
"Kenapa... Yang pertama IBU, yang kedua IBU, yang ketiga IBU juga. Yang keempat baru lah AYAH”
Aku terdiam. Wajah si comel kutenung penuh kasih. Ibu sayang anak ibu, Aisyah Humaira.
2 Ulasan
hu hu hu alsan..org lelaki mmg mcm tu ha ha ha...
BalasPadamplg kuat dia bangun kejutkn kite yg terlena sbb ank nangis...lps tu dia akan sambung tdo...
baby kali ni x tau le plak camne cik abag nye perangai nnt...
sabor ajelah..huhuhu
PadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.