Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Anak Ibu Mengamuk!!



Pertama kali aku menjejakkan kaki di klinik ibu dan anak Masai setelah Aisyah berusia 3 bulan. Bermakna sudah 3 bulan aku tidak mendaftar Aisyah di klinik terdekat dengan tempat tinggalku.

Bulan pertama, pemeriksaan dilakukan di klinik desa maokil memandangkan aku berpantang di rumah ibu bapaku di Felda Maokil.

Ketika perjumpaan di kala usia 2 bulan, Aisyah ku bawa ke klinik desa antoi. Alasan ku, bermalam di rumah ibu mertua dan akan mula bekerja semula pada esok hari.

Seperti yang diarahkan, perjumpaan kali ke-3, Aisyah dibawa ke klinik ibu dan anak Masai. Jam menunjukkan 12.40 tengahari sewaktu kami sampai. Tidak kuketahui masa rehat mereka jam 1 hingga 2 petang. Terpaksalah kami menanti dengan penuh kesabaran (al maklum bulan puasa).

Aku mengambil nombor setibanya di kaunter. Hanya perlu menunggu 3 nombor lagi untuk tiba ke giliran Aisyah. Beberpa orang jururawat sedang tekun mengadap komputer. Tidak lama kemudia, manusia beruniform putih itu mul amemenuhi kaunter. Berborak sakan!

'Raya kat mana tahun ni? Kuih raya beli katne?'


Hampir jam 2 petang, Aisyah sudah mula tidak selesa. Didudukkan tidak kena. Didukung pula, hanya bertahan 5 minit. Kemudian, dia mula menangis. Aku segera ke bilik penyusuan yang hanya dihadang dengan almari perhiasan (so sad !__!). Perasaan malu ku ketepikan. Baju kuselak untuk 'menenen' Aisyah. Dia tetap tidak mahu. Aduh..aku sedikit buntu. Susu botol kusumbat ke mulutnya, pun tidak mahu. Kukira Aisyah mahu tidur tapi suasana yang tidak selesa menyebabkan dia meraung. Terasa muka mulai tebal apabila semua orang di dalam klinik itu memandangku seakan pesalah di kandang mahkamah.

Syukurlah pemeriksaan kali ini aku hadir bersama suamiku. Tidak lah terlalu buntu. Suami turut memujuk Aisyah. Aduh, tidak berjaya. Akhirnya, kami mengalah dan melangkah keluar dari klinik tersebut. Suami tidak lupa untuk mengambil semula buku laporan Aisyah.
Dalam keadaan serba serbi tidak kena, kami tekad ke klinik desa Antoi. Hanya ada dua orang sedang menunggu giliran. Sampai saja, suami mengambil nombor dan meletakkan buku di dalam bakul yang disediakan. Aku terus saja diarahkan untuk menimbang Aisyah. Berat Aisyah baru 4.6kg berbanding bulan lepas 4.1kg. Tidak banyak peningkatan.

Selepas menimbang, jururawat di meja kaunter baru perasan akan alamat kami yang sepatutnya melapor di Masai. Kami menerangkan keadaan kami dan mereka menerima untuk kali ini. Bulan depan, kami wajib ke Masai. Mereka tidak dapat menerima kami kerana tempat tinggal kami sudah di luar kawasan mereka.

Aisyah diberi suntikan 3 serangkai buat kali ke-3. Meraunglah dia.. Meleleh airmata menahan sakit. Puas kupujuk, namun Aisyah tetap menangis. Segera ku tuam bekas suntikan dengan air suam. Tidak berapa lama, Aisyah senyap. Aku mampu menarik nafas lega.

Kesimpulan:- (Aiceh cam karangan exam SPM lak)
1- Kenapa kerajaan tidak mahu membuka klinik pada hari cuti (Sabtu & Ahad)
~ tidak lah kami terkejar-kejar masa untuk menghadiri temujanji. Ada kala,terpaksa
mengambil cuti! (Macam lah cuti kami banyak macam keje gomen).

2- Kenapa layanan di sesetengah tempat macam SAMPAH!

3- Kenapa mesti waktu rehat semua pekerja sama? Perlulah ada giliran semasa rehat
untuk mengelakkan kepadatan pesakit yang hadir. Tidak perlu kami menunggu lama.

4- Kenapa bulan puasa pun nak rehat lama-lama? Ubah lah masa rehat di bulan puasa. Dah la masa bekerja singkat. Fikir-fikirkan lah wahai PM. Waktu bekerja saya 8.30am – 6.00pm tau!

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. nk buat camne..itulah dikatakan dasar kerajaan..tp klu Mar x puas ati bole isi borang aduan pelanggan..borang tu ade dan kite bole puaskan ati dgn membuat aduan tu..CUMA tindakan tu cpt atau lambat jek...

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhuhu..ayat last tu x sedap didengar..ngenge..

      Padam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code