Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Cubaan Kali Ke-2 Membuat Puding Roti Karamel

Assalamualaikum

Cubaan Kali Ke-2 Membuat Puding Roti Karamel | Ntah apa mimpi tetiba rasa nak buat puding roti karamel. Sedap puding ni tapi sedikit malang sebab saya ni tak pandai buat kuih. Hish.. Memasak memang saya suka tapi bab buat kuih ke kek ke puding ke sedikit seriau sebab takut membazir bila tak jadi.

Dengan gigihnya saya mencari resepi di internet. Macam-macam versi resepi yang saya jumpa dan pilihan saya sudah pasti resepi yang terpaling mudah.

Bahan-bahan ( 1 loyang )

  • 3 sudu besar gula - jadikan gula hangus
  • 4 keping roti gardenia
  • 3 biji telur - di pukul sedikit kemudian di tapis
  • 2 cawan air suam
  • 1 @ 3/4 cawan susu pekat manis/ krimer
  • Sedikit esen vanilla

Cara-cara

  1. Dengan menggunakan loyang,sedikan gula hangus,kemudian ketepikan
  2. Panaskan pengukus, sambil TU carik2kan roti, kemudian blender bersama air suam Dan susu
  3. Selepas itu masukkan telur yang telah ditapis Dan masukkan esen vanilla
  4. Kemudian masukkan adunan tadi kedalam loyang gula hangus Dan kukuslah sehingga masak. Lebih kurang 30 - 40 minit.

1-
telur

2-


roti


3-

esen vanila
Nampak mudah sangat kan. Tapi cubaan kali pertama aku GAGAL. (Orang tak pernah buat kuih tetiba ada hati nak buat memang macam tu la hasilnya). Setelah dinanti-nantikan selama 40 minit, saya agak kecewa kerana tidak seperti yang dibayangkan. 

Tapi kuatkan semangat juga untuk buat sekali lagi. Malam tadi tau buat puding ni. Hasilnya, cam cantek kan. Hihihi..


Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code