Tak sangka bujang saya ni cepatnya membesar. Diam tak diam, 9 bulan dah dia.
Pagi tu saya buat aiskrim sumi. Aiskrim kegemaran Kak Aisyah. Bukan dia je suka, saya pun suka. Alif, makan bubur dengan susu je eh. No aiskrim. Setakat calit tu boleh la.
Lepas ikat, kena kebas,, lepas ikat kena kebas. Ada tu sampai bocor.
Seperti selalu, temujanji jam 2 petang. Agaknya kebetulan terkena waktu ramai orang. Agak lama kami menunggu kali ni. Jam 3.30 petang baru keluar dari klinik.
Cucuk kali ni, bayi tak demam, makanya tidak perlu menunggu pula di bahagian farmasi. Terus balik.
Budak lapar lepas kena inject
8 Jun 2016 - Berusia 9 bulan, apa yang Alif dah pandai?
Emm,,, dia dah pandai duduk. Tapi, tak merangkak lagi. Tapi, dia dah mula memapah. Kaki dah kuat berdiri meskipun masih jatuh-jatuh lagi.
Encem tak kitewww?
Sekarang dah pandai merajuk kalau barang yang dia pegang diambil orang. Merajuk menonggeng-nonggeng. Masih lagi manja dengan ibu berbanding ayah. Mujur Kak Aisyah rapat dengan ayahnya. Taklah ibunya penat sangat.
Masih suka mengekor ibu ke dapur. Nak selongkar bawang dan segala harta di dapur. Makanya, ibu bagilah bekas makanan plastik yang berwarna warni buat dia main.
Pantang tengok orang makan, laju je dia nak turut serta. Kalau tak dapat, dia panjat meja jepun dan capai pinggan mangkuk yang ada. Yang selalu jadi mangsa, Kak Aisyah dia lah.
Dia dah pandai memanjat! Aduh ni sangat merisaukan. Boleh panjat kotak dengan selamba dan buat muka tak bersalah. Bergerak laju kemain.
Saya selalu buat ibu terkejut. Sebelum ibu masuk bilik air, saya tidur. Bila ibu keluar bilik air, saya dah diri tunggu ibu. Pastu, saya ketawa mengekek sebab ibu terkejut dan dengar ibu membebel ntah apa-apa.
Inilah lasak seorang anak lelaki.
14 Ulasan
comelnya dia
BalasPadamhihihihi...kuat merajuk ya...jangan ler gitu...x comey boboy merajuk...
BalasPadamcomel je.. selamat berpuasa mar
BalasPadamanak sy plak masih sopan santun,,haha....
BalasPadamKakak dpt bayangkan ligatnya dia
BalasPadamAda budak jenis tak suka merangkak Mar.
Anak kakak yg no. 2 tak merangkak tapi suka pegang kerusi, dinding lepas tu terus memapah dan jalan..
Okey, boleh bayangkanlah Mar si Alif ni macamana! Sebab anak-anak saya pun dua-dua lelaki. Memang lasak ya amat! Ni belum dapat kaki lagi. Bila dah dapat, memang ketetel lah dia ke sana ke sini!
BalasPadamEnsemlah sayang! Cuba buat duck face sikit ^_^
ya allah, dah 9 bulan dah si boboy ni.. kejap je dah 9 bulan. hihihi...
BalasPadamjenuhlah berkepunglah ibu dia karang..hihi
BalasPadamkejap je dah beso...nti sure throwback ms kecik..mak2 nangis kan
Betul kadang baby terus berdiri tak nak merangkak lagi haha advance kan.. risau kalau panjat báby cod tu mar. Alhamdulillah makin besar makin pandai..
BalasPadamAlhamdulillah... comeyyy... Salam Ramadan buat Mar sekeluarga ye... :)
BalasPadamalhamdulillah..membesar dgn sihat yeaa...sebaya ngn Fathia ank aunty Sha
BalasPadamda besar kan sedar x sedar.. comel hihi
BalasPadamMoga aliff mmbsr jdi ank yg aktif
BalasPadamNampak gambar family, cantik.
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.