Barang dah sampai, excited. Buka siap-siap, nak pastikan condition ok.
Ikutkan hati, warna pink jadi idaman. Tapi, oleh sebab warna coklet je yang ada offer, grab jela yang ada offer.
Plug china. Ini perkara biasa kalau beli barang murah. Confirm dari sana. Small matter je ni. Boleh tukar kepala plug nanti.
Oleh kerana plug china, terlebih dahulu gunakan plug rice cooker atau water heater untuk pastikan barang boleh digunakan.
Dah pastikan barang ok, terpulanglah samada nak tukar kepala plug tu ke atau tak. Saya, selamba je potong, tukar kepala plug biasa.
Cubaan memasak nasi. Ok, great!
Cubaan masak megi ramen viral tu. Ok, berjaya. Cuma mi ramen tu takdelah sedap mana, pedas giler je lebih sampai makan pun menangis. Sedih..
Ni yang paling penting. Masak nasi lembik atau bubur untuk Alif. Bahagian bawah masak nasi, atas pula buat kuah sup.
Terbaik!!
Bila nasi dah masak dan kembang, terus angkat dan saya lenyek-lenyek dengan sudu besi. Memang sangat mudah. Kalau nak panaskan semula pun mudah. Bubuh air sikit dalam periuk dan tekan button. Panaskan 5 minit sudah.
Selain itu, boleh juga rebus telur.
Yang pasti, dengan adanya lunch box ni, kerja saya lebih mudah. Tekan dan tinggal. Set masa dalam 30 minit, dah masak cantik dah.
Lunch box pun boleh dibawa ke mana sahaja.
Saya beli kat mana?
Pilih lah mana yang berkenan di hati
6 Ulasan
wah..bestnya
BalasPadamWah...
BalasPadamAkak sudah tergoda pulak..
Bila baca review mar..
Nanti nak terjah jugalah..
Boleh bawa holiday ye mar..
Masak nasi dan tomyam sekali 😆😊
Wah. Menarik sungguh ni.. teruja pula tengok...
BalasPadammmg nak beli 1 tuk bw ke ofis..tp x terbeli lagi haha
BalasPadammenarik gak ni Mar, memudahkan dan portable kan :)
BalasPadamMasa first time baca pasal lunch box yang Mar beli tu, saya pun teruja sama. Nasib baik tak terbeli sama ^_^ Saya ushar juga barang kat Lazada tapi bila baca review tu macam susah hati pulak nak membeli. Tapi kalau dah harga murah, tak bolehlah nak komplen banyak sangat. Kalau tak nak, jangan beli ~_^
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.