Assalamualaikum

  • Perempuan tak bertudung tak semestinya jahat tetapi Nabi sudah pesan tak bertudung akan TERSIKSA DI AKHIRAT.
  • Perempuan jika ada boyfriend yang tak solat, elok tinggalkan dia. Kahwinlah dengan lelaki soleh yang membimbing ke jannah, bukan ke jahanam.
  • Isteri yang terbaik adalah isteri yg meminta maaf segala dosa dari suaminya setiap hari sebelum tidur.
  • Haram bagi seseorang isteri menaruh perasaan terhadap ajnabi (lelaki lain) selain suaminya.
  • Wanita solehah tidak akan memalukan diri sendiri dan jaga batasan wanita.
  • Wanita yang menutup aurat itu belum tentu dijamin syurga tapi sekurangnya dia berusaha utk menjadi ahli syurga.
  • Wanita yang menutup aurat dengan sempurna ibarat pelangi yang cantik, indah mata memandag tetapi tidak boleh disentuh.
  • Isteri solehah sentiasa berhias cantik untuk suaminya. Dialah bidadari suaminya di dunia dan permaisuri agung di Jannah.
  • Perempuan yang bertudung tetapi berbuat maksiat jangan dikeji dia bertudung tetapi tegurlah perbuatan maksiatnya.
  • Perempuan yang bersalaman dengan suaminya akan gugur 20 dosa sebanyak mana jari dia dan suaminya ada.
  • Wanita adalah hiasan dunia, sebaik-baik hiasan adalah wanita Solehah
  • Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad.
  • Wanita yang cantik akan membuka mata lelaki. Wanita yang baik akan membuka hati lelaki.
  • Perempuan yang garang sebelum kahwin adalah perempuan yang paling manja selepas kahwin.
  • Wanita yang solehah lebih mahal nilainya dari lelaki yg soleh sebab wanita yang solehah sukar ditemui.
  • Perempuan yang menuntut cerai dari suaminya tanpa sebab yg munasabah, maka haramlah ia mencium bau syurga.
  • Gunakanlah kecantikan hanya untuk suami.

Kredit ~ sini


Subhanallah...
Walhamdulillah...
Allahu Akbar...