Meja dah setting.
Menu nasi impit, lodeh, rendang daging, kuah kacang, kari ayam hutan, nasi jagung, ayam masak merah, buah-buahan, koktel dan air mangga sunkist.
Semua menu masak sendiri. Mak saya tolong masakkan lodeh, sambal kacang dan kari ayam hutan. 3 menu ni memang sedap kalau mak yang masak, jadi saya minta mak masak.
Ayam hutan tu abah saya yang jerat. Abah saya agak terer tangkap ayam hutan. Sedap tau ayam ni. Isi dia manis.
Menu yang lain, sayalah yang masak. Tidur jam 4 pagi sebab nak siapkan masak rendang. Pastu jam 6 pagi terkebil-kebil mata nak bangun semula.
Jam 2.30 petang dah ada tetamu yang datang. Kawan tempat kerja lama en.suami. Alamak kelam kabut dengan baju harian susun makanan. Makanan dah siap masak semua, cuma tinggal susun dan hidang. Air batu pun tak beli lagi kat kedai depan tu. Abah saya la tolong gi kedai kejap beli air batu.
Kemudian, tak lama lepas tu datang pula Cik Ri (adik emak) dan suami. Borak-borak sambil makan-makan.
Alif ni tak berapa sihat, merengek tak sudah. Memang dugaan besar lah open house kali ni. Dengan dia merengek minta dukung memanjang, kerja saya banyak tertangguh-tangguh tapi tawakal sajalah moga semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Tidur pun tak cukup sebab nak sediakan bahan-bahan masak yang pelbagai.
Mujur emak saya ada. Memang minta mak datang awal sikit, tolong gilir-gilir jagakan boboi yang tak mahu diletak bawah. Kebetulan pula, hari jumaat sebelum open house, pengasuh saya minta cuti sebab dia ada majlis kahwin anak sedara.
Waktu petang agak lapang sikit. Yang datang 1 keluarga, 1 keluarga.
Tapi, bila dah masuk lepas asar bawa ke malam.......
Lebih kurang 6 petang, saudara mara dan adik beradik en.suami mula hadir.
Sedikit sebanyak gambar yang sempat ambil.
Jiran-jiran dekat kebanyakkannya datang malam. Wah....penuh rumah tu ha. Rumah dah le comel kan..
Welfie -tuan rumah bersama salah sorang rakan sekerja
14 Ulasan
Seronoknya berkumpul ramai-ramai. Hujung-hujung syawal ni makin meriah lak open house. Hehe.
BalasPadamWahhh..Best la buat open house dkt rumah sndiri..kecik2 pun..Janji boleh buat...kiki
BalasPadambestnya open house..:)
BalasPadamSerinoknya mar, buat open house. Penat tapi berbaloi. Tetamu datang bawa rezeki
BalasPadamAlhamdulillah... meriah. Seronok dpt berkumpul spt ni... moga Allah murahkan lagi rezeki buat Mar sekeluarga... aamiin.
BalasPadamAlhamdulillah rezeki di kongsi bersama sambil eratkan hubungan persaudaraan.
BalasPadamSeronok buat rumah terbuka. Boleh jumpa ramai saudara mara.
BalasPadamMeriah sambutan rumah terbuka. Saya pun pergi rumah terbua juga sabtu ari tu.
BalasPadambestnya buat open house...dapat menjamu tetamu
BalasPadamdh 2 thn akak tak bt OH, tak tau lah kot2 di berikan kerajinan thn dpn ke apa kan...
BalasPadamseronok bt OH nih cuma pnt lah lps tu... tp seronok bila ramai kwn2 sedara mara dtg
mmg spesel lah ada kari ayam hutan lg
Selamat Hari Raya maaf zahir batin Mar....Alahai kalau masak semua mesti pengsan esoknya Mar haha..... Mesti tak lalu makan kan. Maklumlah penat. Tapi mmg seronok dan puas bila org suka makan apa yg kita hidang
BalasPadamalhamdulillah..mesriah..
BalasPadamrasa seronok betul bila dpt undangan rumah terbuka. tuanrumah lagilah seronok bila tetamu yg di undang semuanya hadir.tetamu datang membawa rezeki dan bila keluar membawa dosa kita..
BalasPadamRajin Mar buat open house. Saya ni tak berapa nak rajin sebab semua kena buat sendirian. Tapi yang lagi ngeri kalau saya buat open house dah tentu-tentulah kakak saya sebab mesti adiknya ni nak 'import' masakan kakaknya ^_^
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.