Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Pau Cendawan Viral

Assalamualaikum


Pau ni viral sejak bulan puasa tempohari. Yang memula kecoh pasal kewujudannya di bazar Putrajaya hingga ramai yang sanggup beratur untuk mendapatkannya. Uit..jam 3 petang dah beratur..huhuhu..dasyat penangan pau cendawan ni kan.

Benda sedap memang akan ada yang korek resepi dan olah sendiri. Viral pula tentang resepi pau cendawan tersebut. Dan di Johor tk ketinggalan untuk viral pau cendawan ni.


Pau ni kitorang order masa tengah 'hot'. Kena tempah dulu, baru dapat. Dalam bulan Syawal lagi masa kitorang beli ni. Lama dah cerita ni.

Tengoklah, pau tu kitorang makan panas-panas, baru keluar pengukus. Nak belah pun menggelupur jari sebab panas lagi. Cuba tengok cheese dia.. Hhuhu... panjang oii bila tarik.

Dari segi rasa,,,macam carbonara. Ada ayam, cendawan, sos carbonara dan ada tambahan cheese yang wallah!!!! Makan panas-panas memang sedap la kan.

Kitorang beli kat mana? Mana lagi kalau tak kat dengan Kak Norm pemilik Dessert Queen. Sekarang dah pindah kat Bukit Dahlia, sebelah Restoran Sasa.

1 set (3pcs) = RM10

Gambar sekadar hiasan ~ Kredit FB Kak Norm








Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. Sedapnyaaaaaa! Tak pernah lagi makan.. Jauhnya nak ke putrajaya.

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. sedap..lagi yang suka cheese..memang sedap la

      Padam
  3. Assalammuaalikum....

    macam sedap nie.. kena try nie nanti....

    mselim3

    pls: macam mana rasanyer agaknyer....

    BalasPadam
    Balasan
    1. lupa nal cerita ye..dah update entri..
      rasa macam carbonara

      Padam
  4. Tak pernah jumpa dan tak pernah makan. Dalam dia cheese yek...

    BalasPadam
  5. Eh... dah ada ye tempat kita
    Nanti kakak nak suruh abang kakak belilah.
    Abg kakak duduk di Taman Tg Puteri Resort.

    BalasPadam
    Balasan
    1. beli kak,,,kedai orang melayu,,dah berjaya dia..

      Padam
  6. Wahhhh..Dlm nmpk sedap..luaran nmpk ngeri sikit...kiki

    BalasPadam
  7. Teringin juga nak cuba..
    Ohsemnya..

    BalasPadam
  8. Sampai la ni saya belum mencuba lagi walaupun rajin aje pergi ke Putrajaya tu. Nak cuba masa bulan puasa memang dah niat tak mahu jejak bazar Ramadhan masa tu!

    BalasPadam
  9. Wow!!! Mau pm la dia.
    teringin nak merasa.
    kat melaka so far xde yg menjual, mar.
    Sgt teringin!!!

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code