Assalamualaikum


Zoo Johor | Terus terang saya katakan di Johor Bahru ni takde tempat yang menarik untuk dilawati. Kalau shopping mall tu memang berlambak la. Tapi tak best la window shopping je, kalau dapat shopping tu lain lah cerita.

Sabtu lalu kami ke Zoo Johor untuk kali ke-3. Kali-2 buat Aisyah dan kali pertama buat Alif. Itu pun setelah Aisyah beria-ria mengajak kami. Memandangkan tiada tanda-tanda hari hujan, maka kami segera memenuhi permintaannya. Cuaca panas berdenting!


Yeay sampai zoo! Agak ramai juga. Memang sesuai untuk bawa anak-anak berjalan-jalan di sini.


"Ibu, saya nak bagi unta makan"

Dengan bayaran RM2, dapatlah sebesen sayuran. Macam kangkung, bayam dan sayur lain saya tak pasti. Kembung perut unta asyik makan je. Saya, spesis penakut nak bagi unta makan. Bila dia nganga mulut, saya dah rasa seram. Hahaha...



2 ekor anak gajah dipertontonkan di sini. Gajah hanya dibawa keluar pada masa tertentu. Waktu tersebut dalam 8.00-10.00 pagi dan petang, 2.30 - 4.00 petang. Kalau tak silap saya. Gajah ni jinak. Kulit dia kasar ek. Ada bulu-bulu.



"Ibu, harimau tu tidur.."

Haiwan kegemaran saya ni. Meskipun ianya comel seperti kucing tapi dia garang! Kalau dapat tunggang memang best.



"Hai pony, rambut awak cantik lah"

Sebenarnya Aisyah nak naik kuda padi ni. Tapi, kuda padi ni sedang berehat, tengah makan. Bayaran sebanyak RM6 dikenakan bagi kanak-kanak yang ingin menunggang. Hanya ada seekor. Oleh kerana lama menunggu, kami beransur dahulu.



"Hai hippo..mandi ke?"

Sudah nama pun badak berendam, berendam sahajalah kerjanya. Oleh kerana dia berendam sahaja, tak nampak lah badannya sepenuhnya.



"Ibu, saya takutlah tengok buaya. Ni patung ke betul-betul?"

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Buaya yang sudah kekenyangan ibarat patung tidak bernyawa. Tidak bergerak. Ini spesis buaya tembaga. Besar.




"Eh ibu,,,itu ibu dia...itu ayah dia.."

Diberi nama monyet yang kecil. Monyetnya kecil-kecil berwarna hitam. Ada banyak ekor. Tapi, kena perhati betul-betul akan kedudukannya sebab ianya kecil.



 "Besarnya burung. Boleh terbang tak"

Burung unta, berbadan besar tetapi mempunyai otak yang kecil. Ada banyak di sini. Seram sejuk tengok muncung dia, takut kena patut walaupun tak lepas pun muncung tu nak mematuk.


Ada banyak lagi haiwan di sini seperti burung merak, burung kakak tua, burung serindit, burung kenyalang, bangau, rusa, kerbau dan kancil.


Harga tiket,

Dewasa : RM2
Kanak-kanak : RM1


Masuk-masuk ke dalam zoo, mereka akan ambil gamabr kita dahulu. Balik nanti, boleh la tengok gambar tersebut, sama ada nak beli ke tidak.

Saya belilah, RM30 untuk 2 keping gambar saiz besar. Beli pun sebab ada Alif, boleh lah buat kenang-kenangan.