Assalamualaikum


Nota :  Artikel ini published pada Disember 2017

Cara Ambil Geran Kereta Di Bank | Rasanya ramai tahu pasal cara pengambilan geran kereta ni. Dah lama juga tahu cuma malas nak ke bank. Bank masa sign agreement kereta ni agak jauh juga, tu yang tak terpergi.

Semalam alang-alang keluar untuk urusan bank (bank lain dan urusan lain), ambil kesempatan untuk ke Bank Islam di BBU, sebelah lembaga nenas. Itulah bank tempat saya buat loan kereta.

Mudah sahaja proses pengambilan geran kereta ni.

1- Tunjukkan IC kepada pegawai yang bertugas.
2- Dia akan tanya, dah habis bayar atau belum.
3- Dia akan cari geran.
4- Isi borang dan tandatangan.
5- Thumb print untuk pengesahan IC.
5- Selesai.


Kereta viva saya masih ada 13 bulan bayaran bulanan lagi. Tak lama je lagi. In sha Allah selesai nanti bila cukup masa.


Updated : Terima kasih pada yang komen di artikel ini. Maaf andai ada persoalan yang saya tak dapat nak jawab.

terima kasih pada yang mengomen.