Assalamualaikum
Tadika Ghufran Nur Soleh Menjadi Pilihan | Tahun 2018, Cik Aisyah sudah berusia 6 tahun. Tinggal setahun sahaja untuk dia melangkah ke Tahun 1. Tahun lepas saya memulakan pencarian tadika untuk Cik Aisyah. Yang pasti haruslah dekat dengan rumah saya dan pengasuh.

Alhamdulillah, Cik Aisyah dapat ke Tadika Ghufran Nur Soleh di Taman Rinting. Hanya 5 minit dari rumah saya. 


Tadika ini menjadi pilihan sebab dekat dengan rumah, islamik, yuran yang berpatutan, bayaran bulanan yang tidak membebankan, pelajaran yang bagus, ada iqra' dan ada disediakan makan. Untuk makan, ada bayara tambahan.

Anak dara comel saya sudah masuk kelas. Kelas diasingkan mengikut usia sebab sistem pembelajaran tidak sama. Di tadika ini, pihak tadika menerima usia seawal 4 tahun. Terdapat 3 kelas berbeza mengikut usia. Geram je tengok murid 4 tahun, comel je.


Cik Aisyah belum dapat uniform. Pakai baju kurung/ dress labuh berserta tudung. Kebanyakan murid yang lain memang dari tadika ini dari 5 tahun. 


Sedikit perkongsian bayaran yuran di tadika ini. 


Moga hati anak saya diterangkan untuk menerima pelajaran. Semoga Cik Aisyah rajin ke sekolah, dan seronok di sini.