Assalamualaikum

Cacar Air (Chicken Pox) di Kalangan Dewasa | Hampir dua minggu menyepi dan berehat di rumah. Siapa sangka kami boleh kena chicken pox pula.

Bermula dengan mendapatkan rawatan untuk Alif di klinik Rabbisyfina. Doktor mengesahkan bahawa Alif menghidapi chicken pox! Masa ni terfikir berapa lama la kena ambil cuti untuk jaga Alif ni.


Keesokannya, sudah mula timbul-timbul di badan Alif. Chicken pox dah mula beraksi. Saya mandikan dengan sabun yang doktor bekalkan.


Hari-3 badan Alif semakin teruk. Masa ni badan dia panas, demam tapi tak macam demam. Kami mendapatkan rawatan di KK pula berikutan saya juga perlu mendapatkan rawatan.


Saya disahkan dijangkiti chicken pox. KK terus mengeluarkan surat pengesahan untuk kami kuarantinkan diri kerana penyakit berjangkit.


Dapat mc 3 hari termasuk Ahad. 
Apalah doktor ni tak tanya saya off hari apa.


Chicken pox dikalangan dewasa agak bahaya sikit. Doktor bekalkan ubat yang perlu dimakan oleh orang dewasa. Acidovir perlu diambil sebiji selang 5 jam. 


Jika orang dewasa yang dijangkiti chicken pox, agak bahaya sedikit sebab kuman mudah merebak dalam badan. Sebab tu orang dewasa perlu ambil ubat ini untuk mengelakkan kuman merebak dengan pantas.

Hari ke-5, saya ke KK lagi untuk tambah MC lagi. Keadaan kritikal, dapatlah 5 hari Mc termasuk sabtu dan ahad. Hahaha.. lagi sekali. Sebut kerja swasta je terus hentam mc sabtu ahad.


Sedih tengok Alif menangis menahan gatal dan pedih. Tapi, budak kecil ni mudah sahaja ubatnya. Bagi je air kelapa, keluar habis satu badan. Jaga suhu badannya agar tidak demam terlalu tinggi.


Ini daun semambu. Sedahan besar pengasuh anak saya carikan. Jasamu sentiasa dikenang wahai Cik Sumik.


Masa ni kulit Alif sudah semakin pulih. Chicken pox sudah mula kering dan Alif sudah lincah berlari-larian. Pagar tu pun dia dah panjat.




Ini hari ke-7 tak silap saya. Dari hari ke-5 selera makan saya dah hilang. Makan memang tak lalu. Makan ubat je kerjanya pastu tidur. Mujur masa sakit ni saya tengah bendera merah. Tidur ajelah kerjanya.


Hari ke-7 dan ke-8, badan semakin lesu kerana masih tiada selera makan. Masa ni rasanya macam dah kurus kot. Masa ni jelah.

Mc untuk kesekian kalinya. Dapat 2 hari je. Doktor kata nanti chicken pox cepat kering.


Ke klinik panel kompeni pula sebab chicken pox yang dah kering mula terkopek gara-gara pakai bra dan baju. Terus dapat MC 3 hari. Selesai masalah.


Hari ni, saya dah mula bekerja semula. Lama sangat berehat. Mc yang stress tau.

Untuk pengetahuan semua, en.suami pun kena chicken pox. Dia lagi teruk kena dari saya. Habis satu badan. Cuma dia kena lambat 2 hari dari saya.


Sepanjang kami kena chicken pox, kami mandi menggunakan sabun Himalaya Protecting Neem & Turmeric disamping mandi dengan air mandian daun semambu. Sabun ni wangi tau dan memang berkesan.