Keesokannya, sudah mula timbul-timbul di badan Alif. Chicken pox dah mula beraksi. Saya mandikan dengan sabun yang doktor bekalkan.
Hari-3 badan Alif semakin teruk. Masa ni badan dia panas, demam tapi tak macam demam. Kami mendapatkan rawatan di KK pula berikutan saya juga perlu mendapatkan rawatan.
Saya disahkan dijangkiti chicken pox. KK terus mengeluarkan surat pengesahan untuk kami kuarantinkan diri kerana penyakit berjangkit.
Dapat mc 3 hari termasuk Ahad.
Apalah doktor ni tak tanya saya off hari apa.
Chicken pox dikalangan dewasa agak bahaya sikit. Doktor bekalkan ubat yang perlu dimakan oleh orang dewasa. Acidovir perlu diambil sebiji selang 5 jam.
Jika orang dewasa yang dijangkiti chicken pox, agak bahaya sedikit sebab kuman mudah merebak dalam badan. Sebab tu orang dewasa perlu ambil ubat ini untuk mengelakkan kuman merebak dengan pantas.
Hari ke-5, saya ke KK lagi untuk tambah MC lagi. Keadaan kritikal, dapatlah 5 hari Mc termasuk sabtu dan ahad. Hahaha.. lagi sekali. Sebut kerja swasta je terus hentam mc sabtu ahad.
Sedih tengok Alif menangis menahan gatal dan pedih. Tapi, budak kecil ni mudah sahaja ubatnya. Bagi je air kelapa, keluar habis satu badan. Jaga suhu badannya agar tidak demam terlalu tinggi.
Ini daun semambu. Sedahan besar pengasuh anak saya carikan. Jasamu sentiasa dikenang wahai Cik Sumik.
Masa ni kulit Alif sudah semakin pulih. Chicken pox sudah mula kering dan Alif sudah lincah berlari-larian. Pagar tu pun dia dah panjat.
Ini hari ke-7 tak silap saya. Dari hari ke-5 selera makan saya dah hilang. Makan memang tak lalu. Makan ubat je kerjanya pastu tidur. Mujur masa sakit ni saya tengah bendera merah. Tidur ajelah kerjanya.
Hari ke-7 dan ke-8, badan semakin lesu kerana masih tiada selera makan. Masa ni rasanya macam dah kurus kot. Masa ni jelah.
Mc untuk kesekian kalinya. Dapat 2 hari je. Doktor kata nanti chicken pox cepat kering.
Ke klinik panel kompeni pula sebab chicken pox yang dah kering mula terkopek gara-gara pakai bra dan baju. Terus dapat MC 3 hari. Selesai masalah.
Hari ni, saya dah mula bekerja semula. Lama sangat berehat. Mc yang stress tau.
Untuk pengetahuan semua, en.suami pun kena chicken pox. Dia lagi teruk kena dari saya. Habis satu badan. Cuma dia kena lambat 2 hari dari saya.
Sepanjang kami kena chicken pox, kami mandi menggunakan sabun Himalaya Protecting Neem & Turmeric disamping mandi dengan air mandian daun semambu. Sabun ni wangi tau dan memang berkesan.
10 Ulasan
ya Allah semoga cepat sembuh semua satu family.
BalasPadamalhamdulillah..semakin pulih.
PadamSinggah blog walking sis Mar. Semoga cepat sembur cacar air tu. Susah nak jaga
BalasPadamalhamdulillah..memang susah bila dah tua kena.
PadamAllahuakbar.. mmg menduga klau kena chickenpox ni.. kesian kat anak2 kecik la.. semoga mar dan keluarga cepat sembuh ye
BalasPadamanak kecil memang kesian tapi mudah baik. yang dewasa agak teruk kalau kena.
Padamdashat jugak kalau orang dewasa kena ingatkan naik bintik je. nasib alif dah sembuh. Semoga akak sekeluarga sihat macam biasa :)
BalasPadamAlahai kesiannya awak dan anak..tengok pun dah rasa gatal. Semoga cepat sihat ye. Saya singgah follow sini :)
BalasPadamAdeh...Teruk tu 1 fmly kena....Sy dulu kena smggu lps brtunang...Lps tu che mek kena mase sy pregnant Ammar..Doc suruh separate sbb takut effect baby dlm perut..Trpaksa htr che mek blk kelate 10 hari....Terseksa kena chicken pox time dewasa nih...Huhu
BalasPadamBape hari total sis kena chickpox ni ? Sy tngh alaminya skrg. Dah besar kena alahai .. Lambatnya nk kecut biji2 ni nk tnggu kering lg
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.