Assalamualaikum

Nasi Kukus Viral | Sempena bulan ramadan yang mulia ni, konsep nasi kukus dalam mug viral lagi. Apa tidaknya, cara ini sungguh menjimatkan semua.

Bayangkan biasanya kalau masak nasi dalam rice cooker dengan kuantiti sedikit biasanya meninggalkan kerak yang boleh dikira banyak. Kalau basuh periuk tu keraknya saja dah boleh dapat sesenduk. Rugi kan??

Makanya, dengan mengukus menggunakan mug ni, bukan sahaja menjimatkan beras tapi ianya tidak berkerak.


Saya guna mug kit kat saiz ini setiap kali masak untuk sahur. Kuantiti beras pula tidak sampai 1 pot beras. Cukup untuk makan berdua.

Dalam gambar di atas saya masak kuantiti 1 pot. Masak lebih untuk dua orang anak tu. Cantikkan kan kejadiannya bila dah masak.

Mudah je nak masak nasi kukus dalam mug ni. Isikan air dalam rice cooker. On untuk bagi air cepat panas dahulu. Sambil tu kita basuh lah beras dalam mug seperti biasa. Air pula agak-agak macam kita selalu masak. Kemudian tinggalkan mug di dalam rice cooker. Tutup.

Dah masak nanti biar aje dalam rice cooker tu. Biasanya sayaaa masak nasi ni malam. Esok pagi waktu sahur tinggal makan je. Kalau nak nasi panas-panas lagi pun boleh. Korang panaskan je rice cooker tu semula. Sebelum tu isilah air dulu.

Tapi, berhati-hati sewaktu mengelurkan mug dari dalam rice cooker tu sebab mug tu panas.