Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Nasi Kukus Viral

Assalamualaikum

Nasi Kukus Viral | Sempena bulan ramadan yang mulia ni, konsep nasi kukus dalam mug viral lagi. Apa tidaknya, cara ini sungguh menjimatkan semua.

Bayangkan biasanya kalau masak nasi dalam rice cooker dengan kuantiti sedikit biasanya meninggalkan kerak yang boleh dikira banyak. Kalau basuh periuk tu keraknya saja dah boleh dapat sesenduk. Rugi kan??

Makanya, dengan mengukus menggunakan mug ni, bukan sahaja menjimatkan beras tapi ianya tidak berkerak.


Saya guna mug kit kat saiz ini setiap kali masak untuk sahur. Kuantiti beras pula tidak sampai 1 pot beras. Cukup untuk makan berdua.

Dalam gambar di atas saya masak kuantiti 1 pot. Masak lebih untuk dua orang anak tu. Cantikkan kan kejadiannya bila dah masak.

Mudah je nak masak nasi kukus dalam mug ni. Isikan air dalam rice cooker. On untuk bagi air cepat panas dahulu. Sambil tu kita basuh lah beras dalam mug seperti biasa. Air pula agak-agak macam kita selalu masak. Kemudian tinggalkan mug di dalam rice cooker. Tutup.

Dah masak nanti biar aje dalam rice cooker tu. Biasanya sayaaa masak nasi ni malam. Esok pagi waktu sahur tinggal makan je. Kalau nak nasi panas-panas lagi pun boleh. Korang panaskan je rice cooker tu semula. Sebelum tu isilah air dulu.

Tapi, berhati-hati sewaktu mengelurkan mug dari dalam rice cooker tu sebab mug tu panas.



Catat Ulasan

19 Ulasan

  1. Good idea..
    Adik ipar akak pun ajar mcm ni..
    Mlm ni nak cuba..

    BalasPadam
  2. rumah akk setakat ni masih masak nasi mcm biasa. nak jugak cuba cara ni tapi kat rumah ni mug sume kecik takut tak cukup nasinya, kahhhhhh

    BalasPadam
  3. Hahaha komen Kak Seri buat kita gelak hahahaha
    Pernah buat nasi kukus ni, tp bkn dlm mug, dalam mangkuk je..nasi dia rasa lain dr lain, sebutir-sebutir kannn

    BalasPadam
  4. hari tu housemate ade try gak buat ni..dia expect kejap je masak nasinya...rupanya ambil masa juga..kalo nak makan untuk sahur, memang kena masak malam sebelum tido ha...

    BalasPadam
  5. ala.. tak de mug besar... yang ada kecik je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasa orang pakai mug kecik..sorang satu mug. satu mug untuk sorang makan.

      Padam
  6. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    LINK: https://docs.google.com/spreadsheets/d/1MCknzChWzo-boZk47JCqMenUyVziy5zwg1SKVtaPZ78/edit?usp=sharing

    BalasPadam
  7. tgok viral kat facebook tapi tak pernah cuba lagi. nati nak try la.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code