Bila Anak Melangkah Ke Alam Persekolahan

By Mar Mansor - 8:00 PG

Assalamualaikum

Bila Anak Melangkah Ke Alam Persekolahan | 2019 - Cik Aisyah sudah masuk darjah 1. Cik Aisyah saya, saya daftarkan di sekolah kebangsaan Taman Rinting sebab taman kami takde sekolah. Menumpanglah sekolah taman sebelah.


Seperti biasa, sebelum anak masuk ke alam persekolahan, persediaan seperti peralatan sekolah, baju sekolah, kasut sekolah, yuran sekolah, beli buku sekolah dan menghadiri taklimat sekolah bagi murid baru. Macam-macam lahai memang agak letih. Sampai tak sedar masa berlalu terlalu cepat.


Cik Aisyah bangun seawal 6 pagi untuk bersiap ke sekolah. Saya pula perlu bangun seawal 5.30 pagi untuk menyediakan sarapannya. Maklumlah anak pertama, darjah 1 pula tu, kesian dia kalau tak dapat beli makanan nanti.


Cik Aisyah saya ni picky eater dan jenis makan sikit. Kalau makanan yang dia suka dia makanlah banyak. Kalau tak.. emm.. alahai ciput je.

3 minggu pertama adalah orientasi atau transisis, lega lah sikit. Tak perlu dia bawa beg berat sarat dengan buku. Selesai transisi, bermulalah beg berat. Hehe..

Sebagai ibu, bila anak sudah mula bersekolah, memang penat sikit. Kita melihat anak pun penat. Cik Aisyah ke sekolah menaiki motor jam 7 pagi, en.suami yang hantar. Kemudian, dijemput juga oleh ayahnya dan terus ke rumah pengasuh. Lepas makan, terus bersiap-siap untuk ke sekolah agama jam 2 petang pula. Pergi dan balik sekolah agama pula menaiki transportation. Mujur sebelah rumah pengasuh je. Alhamdulillah, dipermudahkan urusan kami.

Saya pula bangun seawal 5.30 pagi, mandi, sediakan sarapan, solat subuh. Biasanya masak yang ringkas-ringkas, menu yang diterima oleh Cik Aisyah lah. Kadang tu saya masak lain juga untuk kami bersarapan. Bila anak dah bersekolah, saya pun gigih bangun pagi, hari-hari kami laki bini bersarapan di rumah. Seronok juga ye walaupun penat.

Jam 8 pagi baru saya keluar rumah. Hantar Alif ke rumah pengasuh dan terus ke tempat kerja. Jam 6 petang baru keluar dari tempat kerja. Ambil anak-anak di rumah pengasuh dan terus pulang ke rumah. Bermula pula sesi memasak untuk makan malam. Kadang-kadang kalau penat, saya beli ajelah.

Kerja sekarang jangan main-main weh. Tak sempat goyang kaki. Banyakkk sangat sampai saya rasa macam masa tak cukup. Pakal fikir anak-anak dan Cik aisyah yang dah mula bersekolah, tu yang sharp balik jam 6 petang.

Apa pun moga saya terus diberi kesihatan yang baik, kekuatan dan ketabahan berganda agar mampu terus mengharung liku hidup.





  • Share:

You Might Also Like

5 comments

  1. Moga rutin harian dipermudahkanNYA.

    BalasPadam
  2. bila anak dah start sekolah, mak dan anak pun sama busy.. semoga dipermudahkan urusan mar sekeluarga.. amiin..

    BalasPadam
  3. Memang akan bizilah nanti Mar..
    Sis dari anak tadika hingga habis men 5 semua sis uruskan, letih dah macam org bekerja..
    Apalagi yang bekerja nak urus anak..

    Moga dipermudahkan perjalanan Mar ya..

    BalasPadam
  4. Rutin bila anak dah mula sekolah ye sis..
    Seawal pagi kita dah kena bangun untuk menyiapkan mereka..

    BalasPadam
  5. kanak2 cepat je besar. tahu2 dah masuk sekolah..
    rutin parents pun jadi lain hehe..

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.