Assalamualaikum

Kereta Baru 2019 | Lama betul nak update blog. Maaflah hidup macam kelam kabut dan agak sibuk dengan kerja hakiki. Serius, kadang saya stress dengan kerja sampai rasa nak menjerit. Mungkin kerana itu juga, makin kerap check-up appointment baby dalam perut.

Baby juga seolah memahami keadaan ibunya yang agak sibuk dengan final doc. Siapa yang bekerja sebagai document controller mungkin faham. Kena chase manjang untuk payment. Lebih lagi macam saya yang bukan sekadar dcc. Sayalah dcc, sayalah clerk. Huhu..

Sempena tahun baru dan bakal menerima ahli baru, kami bercadang beli kereta besar. Cik Viva pun dah habis bayar kan. Bolehlah en.suami beli kereta idamannya. Target kami, Alza Advance memandangkan kami sudah berkeluarga.

Oleh kerana en.suami beli nombor flat yang sama dengan Cik Viva, maka kereta keluar agak lambat jugalah. Ditambah pula advance takde ready stock. Lepas raya cina baru dapat.