Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Buka Akaun Tabung Haji Anak-anak

Assalamualaikum

Buka Akaun Tabung Haji Anak-anak | Dua orang anak sebelum ni saya bukakan akaun ASB dan SSPN. Cik Aisyah lah paling banyak simpanan buat masa sekarang. Bila abah dan emak sudah menjejakkan kaki ke tanah suci, barulah terbuka hati saya untuk buka akaun tabung haji buat mereka. Bahkan, saya sendiri pun baru je buka. Nak daftar haji terus belum lagi berkemampuan. Pelan-pelan. 

Disebalik kisah abah dan emak saya ke tanah suci, semuanya secara drastik. Siapa sangka, bila sudah tertulis rezeki kita, maka jatuh ke kita jugalah. Selepas raya puasa tempoh hari, seorang penduduk kampung kami mencari abah saya, menyampaikan pesanan dari tabung haji agar abah dan emak segera ke cawangan tabung haji terdekat.

Rupa-rupanya, pihak tabung haji berusaha mencari abah saya sebab nama abah naik untuk ke tanah suci tahun ni! Allahuakbar, Maha Suci DIA. Kami, adik-beradik pun terkejut dan bersyukur sangat-sangat sebab abah dan emak tercalon untuk pergi ke tanah suci.

Maka bermulalah kesibukan abah dan emak menghadiri kursus yang ditetapkan tabung haji. Sibuk untuk buat persiapan di sana nanti. Tak putus-putus kami doakan agar urusan mereka dipermudahkan.

Hantar Abah dan Emak

Wajah gembira emak saya (sebelah kanan)

Maka, gigihlah saya ke tabung haji untuk buka akaun anak-anak. Alhamdulillah, mudah sangat untuk buka akaun tabung haji ni. Perkhidmatan pun cepat dan pantas.

Cara buka akaun tabung haji untuk anak;
1) Isi borang dengan lengkap.
2) Sila bawa surat beranak dan myKid anak.
3) Bawa wang untuk pembukaan akaun sekurang-kurang RM10.


Alhamdulillah, selesai pembukaan akaun untuk anak-anak. Aisyah, Alif dan Azri. Untuk pengetahuan semua, tiada lagi penggunaan buku. Jadi, simpan elok-elok resit pembukaan akaun yang diberikan oleh pegawai bank tu ye.

Boleh juga rujuk di SINI.






Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. alhamdulillah di permudahkan ya... mmg dh rezeki mak ayah mar ke sana tahun ni

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.. semoga dipermudahkan urusan emak dan abah sis..
    Antara tabungan anak-anak Sha..

    BalasPadam
  3. yeay!!!! tahniah..Sy pun dh daftar...Harap2 Allah izinkn kite semua jadi tetamuNya..Amin.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code