Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Menghantar Abah & Emak di Convention Centre Tabung Haji

Assalamualaikum

Menghantar Abah & Emak di Convention Centre Tabung Haji | 31.07.2019 - Abah dan emak selamat bertolak untuk mengerjakan haji. Dalam surat mereka sudah tertulis lokasi penghantaran iaitu di Movenpick Hotel & Convention Centre. Masanya pula bermula dari selepas tengah malam hingga 5.15 pagi.

Untuk pengetahuan semua, sekarang urusan penghantaran semua dilakukan di sini. Waris hanya boleh hantar sampai ke pintu pagarnya sahaja. Setelah selesai semua, mereka akan ke KLIA menaiki bas pula. Segala urusan barang akan diuruskan oleh pihak mereka.

Kami gerak dari Bukit Beruntung jam 3 pagi dan sampai dalam 4 pagi di tempat yang ditetapkan. Alhamdulillah selamat sampai.

Emak & abah diperiksa dahulu.


Selesai di kaunter hadapan, emak dan abah sudah boleh masuk dalam. Tapi, kami nak bergambar dulu dan salam menyalam. Nak pergi jauh kan. Lama pula tu.

Sayu je hati bila tengok emak dan abah melangkah masuk. Dalam tu mereka perlu ke check point berikut pula. Sekejap je selesainya. Tengok-tengok dah ke depan je.


Bila emak dan abah dah masuk dalam, sudah tak nampak bayang lagi, kami pun pusing-pusing di kawasan sekitar. Gelap gelita lagi, tak berapa nampak keadaan sekeliling.

Kami 4 beradik. Saya sorang je ada anak, yang lain belum ada rezeki. Doakan buat mereka ye.

Bersama adik beradik, ipar duai dan anak sedara.


Dalam perjalanan nak keluar dari parking, bas-bas yang membawa para bakal haji ke KLIA mula bergerak satu persatu. Tak tahulah emak dan abah dalam bas yang mana satu. Kami meninggalkan Convention Centre Tabung Haji sebelum jam 5 pagi. Kiranya segala persiapan lebih awal siap dari yang direncanakan.


Kami singgah di RnR Dengkil, isi perut dahulu. Masa ni jam 6 pagi dah. Nak kata sarapan, awal bebenor kan. Selesai makan, solat subuh terus di sini.

Kemudian, kembali semula ke rumah kakak sulung kami di Bukit Beruntung. Sampai-sampai je, kunci pintu, semua terus berdengkur. 😄😄 Maka tidurlah kami hingga terasa perut lapar. Jam 10 pagi dah. Makanlah apa yang ada untuk alas perut.

Lepas zohor, kak umie saya belanja makan nasi kukus di kedai makan ni. Yang duduk kawasan bukit beruntung pasti tahu.



Perut dah kenyang, boleh lah balik dengan senang hati. 

Jumpa lagi bulan September ye semua.


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. semoga selamat semuanya. insyaAllah.

    BalasPadam
  2. Semoga tetamu2 Allah mendapat haji yang mabrur

    BalasPadam
  3. Alhamdulilah..moga dipermudahkan semua urusan jemaah dan mendapat haji yang mabrur...aamiinn

    BalasPadam
  4. alhamdulillah, semoga di permudahkan semuanya dan mendapat haji yg mabrur

    BalasPadam
  5. semoga dipermudahkan urusan mak ayah mar di sana dan semoga mendapat haji yang mabrur.. dulu dilah hantar kat mak abah g haji kat kelana jaya.. skrg dah tukar tempat lain.. lagi luas dan selesa kot kan..

    BalasPadam
  6. Semoga di permudahkan semuanya dan mendapat haji yang mabrur

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code