Pes Mee Bandung Yang Sedap Dan Mudah

By Mar Mansor - 1:00 PTG

Assalamualaikum

Pes Mee Bandung Yang Sedap Dan Mudah | Pes ni saya beli masa bulan puasa lagi. Kononnya nak masak untuk berbuka, tapi sampai habis puasa tak masak-masak. Saya beli 2 bekas pes ni sebab satu bekas baru RM10. Cas penghantaran pula bergantung pada jauh kawasan penghantaran.


Mudah sangat nak masak mi bandung menggunakan pes homemade ni. Mula-mula korang kisar bawang merah dan bawang putih, mengikut kuantiti yang bersesuaian. Tumiskan bahan kisar dengan minyak hingga kekuningan. Kemudian, masukkan pes tersebut. Tumis hingga agak-agak garing sedikit. Saya guna separuh bekas biasanya untuk sekali masak. Dapatlah dalam 3/4 periuk ni.

Masukkan air rebusan daging atau kalau takde daging, masukkan air biasa pun boleh. Biarkan menggelegak. Untuk menambah kesedapan lagi, masukkan kiub pati ayam knorr. Kemudian, saya masukkan pula air rebusan udang. Udang saya rebus asing sebab tak nak udang tu overcook. Bolehlah masukkan telur, daging yang dah direbus tadi, udang yang dah direbus tadi dan sayur sawi. Masaknya kejap je, dah boleh tutup api.


Kalau nak sedap lagi, korang boleh tambah kacang tanah tumbuk. Macam saya ni, saya tak letak. Ni pun dah sedap dah. Pes ni memang dah secukup rasa tau. Tak pedas sangat, anak-anak pun boleh makan.

Jemput makan!


Untuk order, korang boleh whataps di nombor yang tertera di bekas pes tu.
011-2305 1429


  • Share:

You Might Also Like

9 comments

  1. Sedap betul kalau ada pes macam tu.. Mudah nak masak..

    BalasPadam
  2. Macam sedap tu...biasa Sis guna pes mak pon tu jeee..nanti nk survey laaa...delivery ea Mar?

    BalasPadam
  3. adoii sedap pulak tengok masa ni. ahahahha. rasa macam nak buat weekend ni.

    BalasPadam
  4. Allahu menggoda nya. nasib baik perut dah kenyang ni. kalau tak, jenuh mencari sekarang ni. mana ada orang nak jual time raya ni. hahahhaa

    BalasPadam
  5. Senang sangat nak masak lepas ni. nampak pun sedap

    Jom visit https://theathra.blogspot.com/ after a long hiatus hehe

    BalasPadam
  6. Nak Cari Pes mee Bandung ni lah.. daging qurban banyak ni..

    Salam Eiduladha buat Mar sekeluarga 😍

    BalasPadam
  7. Wahh macam sedap je. Nak cari lahh pes mee bandung nih.

    BalasPadam
  8. wahhh menarik tgk color dia tuh...
    mmg memudahkan kerja kadang pes2 gini...

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.