Jamuan Akhir Tahun Bertemakan Hawaiian

By Mar Mansor - 8:00 PG

Assalamualaikum

Jamuan Akhir Tahun Bertemakan Hawaiian | Bila tiba hujung tahun, maka semakin hampirlah dengan waktu persekolahan yang bakal tamat. Buku teks pun sudah selamat dipulangkan minggu lepas. 

5 November 2019 - Jamuan akhir tahun bagi SKTR1. Tema hawaii. Gigihlah saya menDIY konon-konon tak nak keluar modal banyak. 


Berkat usaha dan kegigihan seorang ibu, berjaya dia naik pentas sebab memakai baju mengikut tema.

Disolek oleh guru.

Bersama rakan sekelas perempuan.

Bersama rakan sekelas semua.

Di sebalik tabir pembikinan. Sebenarnya saya nak pakai bunga plastik je, senang gam-gam je. Tapi saja haritu tengok youtube cara DIY tema hawaiian. Eh teruja pula nak buat bunga dengan tisu. Rajin ibu ko mengaler. 

Untuk membuat kalong bunga, hanya perlu kertas tisu, kaler magic, benang dan gunting.

Sesi mengaler.

Sesi mengikat.

Hasilnya.

Untuk membuat skirt rambu ramba pula, hanya memerlukan tali rafia, kertas tisu dan gam. Pilih warna tali rafia mengikut kesukaan. Kertas tisu pula untuk buat bunga.

Hasil setelah diikat. Tali rafia perlu dikiraikan agar ia nampak kembang.

Gunakan gam untuk plastik supaya bunga tisu itu melekat dengan kuat.

Untuk mahkota pula, saya hanya menggunakan lebiha tali rafia, gam kuat, kertas tisu dan kaler magic. Sama seperti membuat kalong bunga dan skirt rambu ramba, kertas tisu digunakan untuk membuat bunga warna-warni.


Inilah dia puteri hawaiian saya pada hari itu. Baju pula hanya mengenakan skirt labuh (kain baju raya), t-shirt hitam lengan panjang dan tudung hitam (masuk dalam baju). Simple je kan.

Simple but nice.



  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. cantik, nasib emaknya kretif buat diy semua barang hiasan tu

    BalasPadam
  2. comel betul tema hawaii. dulu kami dinner tema hawaiian, kami pakai baju tido bunga2 haha. balik hotel terus tido je. haha

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.