Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Diwajibkan Bermula Januari 2020

Assalamualaikum

Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Diwajibkan Bermula Januari 2020 | Saat di hujung tahun ni, heboh dengan kuatkuasa pemakaian carseat bermula Januari 2020. Bayangkan di saat kita struggle untuk melengkapi persiapan sekolah anak, struggle juga untuk menyediakan carseat untuk anak-anak.

kredit : MCSG/

Mulanya saya pon agak annoying dengan parent yang sesuka hati kondem orang. Kondem orang memang salah. Sepatutnya support dengan kata-kata yang murni dan lembut. Tak semua orang mampu sediakan carseat sekaligus. Apatah lagi yang punya anak ramai. Kasut kita semua tak sama ye.

Berbalik pada kisah saya, saya sudah memiliki 2 carseat sebab dari anak pertama saya, Cik Aisyah memang saya memerlukan carseat bagi memudahkan saya berulang alik le rumah pengasuh.

Carseat pertama jenis Pliko Sweet Cherry tapi masa tu tak pernah ambil tahu mengenai carseat. Main beli je, janji ada.

Kemudian, anak ke-2 saya, Alif pula saya stanby beli juga jenama Sweet Cherry jenis infant. Memang khas untuk baby.


Untuk anak ke-3, pada awalnya saya terus menggunakan Sweet Cherry infant tapi bila dia dah masuk 7 bulan, badan semakin chubby, rasa susah pula saya nak keluar masukkan dia. Haihh..


Saya tukar ke carseat Cik Aisyah. Masa ni memang tak tahu yang carseat pun ada expired date. Saya mula perasan, Azri cepat tak selesa bila duduk di carseat tu. Dan saya baru perasan spannya dah mula terkeluar sikit-sikit.

Risau dengan keadaan tu, saya timba ilmu sedikit demi sedikit di page malaysian carseat support group. Saya sayang semua carseat lama saya sebab banyak jasanya. Tapi, perlu tukar baru sebab sudah lama penggunaanya. Cik Aisyah pun tahun depan dah masuk 8 tahun. Bermakna carseat tu sudah 8 tahun digunakan.

Carseat ada tarikh luput juga. Bergantung pada jenis carseat. So, korang kena tanya pengeluar.

 Untuk baby Azri, sempena hari jadi saya yang ke-35, saya belikan carseat baru setelah puas membuat kaji selidik dan timbang tara dari segi keselamatan, certified dan kewangan. Tambah pula anak-anak saya comel-comel aje semuanya.

Apa pilihan carseat saya? Nanti saya kongsikan ye. 







Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. akak tengah cari2 jugak untuk yang booster tu, almaklum aiyan kan besar... cuma tak pasti lepas ke tidak dia pakai seatbelt je

    BalasPadam
  2. ada pro dan cons nya kan Mar, tapi mungkin masa yang di berikan tu terlalu singkat yang mana ramai yang tak bersedia untuk mendapatkannya dalam masa yang terdekat ni :)

    BalasPadam
  3. Takpe, nanti kita ajar diaorang balik, Macam-macam kerajaan baru ni, tahulah nasib diaorg jadi kerajaan sepenggal!

    BalasPadam
  4. sangat penting. mana yang ada ramai sekarang, mana yang mampu je la. yang kurang mampu slow2 kumpul duit/rancang perjalanan kalau nak kemana2. yang belum ada anak, rancang keperluan anak untuk car seat.

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code