Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Azri Zakwan Suspek Denggi

Assalamualaikum

Azri Zakwan Suspek Denggi | 22.11.19 (Jumaat) - Kisahnya, adik Azri demam tak kebah-kebah masuk hari ke-3. Biasanya dia demam kejap je tu pun sebab lepas injection 6 bulan hari tu.

Hari ke-2, dia Ok tapi petang masa ambil dia di rumah BS, badannya panas semula. Bawa ke malam. Memang kerap lap badan dia. Sebab saya dah penat 2 malam tak cukup tidur, malam tu terlelap lama juga. Sedar-sedar dari tidur terus check suhu badan dia. 40.1!

Terus lap badan dia lagi. Bagi makan ubat sekali. Walaupun ubat tu disembur-semburnya. At least dia telan jugalah. Suhu turun, rehat sekejap. Tapi pagi tu dia masih tak kebah. Lepas subuh, saya masih termenung di birai katil memikirkan hari ni perlu ambil cuti lagi. Suami gesa bawa je ke bahagian kecemasan HSA. 


Alhamdulillah, saat kami sampai tak ramai sangat orang. Bayi diberi keutamaan memandangkan suhu masih kategori demam. Seperti biasa, bila masuk ke bilik pemeriksaan, check suhu, ambil tekanan darah dan diminta beri ubat demam pada anak. Eh, baik pula adik ye bila di hospital. Makan juga ubat tu walaupon sesekali macam nak terjeluak. Takde menyembur-nyembur macam kat rumah.

Bila nombor giliran dipanggil, jumpa doktor. Doktor tanya macam-macam dan perlu buat blood test sebab sudah 3 hari demam. Itu je tujuan utama kami, buat blood test. Demam sekarang ni tak boleh buat main-main.


Kali pertama blood test, Platlet rendah dan darah kuning pon rendah. Adik terus baik demam lepas kena cucuk jarum ambil darah. Dah le tembam, 3 kali cucuk baru dapat darah. Alahai.. sebak ibu tengok.

Surat pengesahan rawatan.


Adik perlu repeat blood test keesokan harinya. 23.11.19 (Sabtu) - Kami ke KK Mahmodiah untuk urusan adik. Alhamdulillah, kejap je. Tapi, platlet darah adik makin rendah.

Result kali ke-2 blood test.


Doktor dah keluarkan surat hijau ni ha. Surat penyakit berjangkit. Adik consider suspect denggi. Kami diminta repeat blood test adik keesokan hari.


24.11.19 (Ahad) - Blood test kali ke-3. Ke KK Masai pula sebab paling dekat. Ingatkan kejap je. Tapi, lama sangat sebab perlu tunggu giliran bersama ibu-ibu mengandung.

Result platlet masih tak cantik. Tapi, darah kuning dah naik.


Dapat tarikh appoinment seterusnya 2 hari kemudian. Lega sikit hati ibu sebab boleh ibu masuk kerja.

26.11.19 (Selasa) - Kali ke-4 blood test adik. Alhamdulillah bacaan darahnya semua ok. Adik cuma diognosis fever virus. Lega sangat tak perlu bawa adik untuk diambil darah lagi.


Ni lah comel ibu yang baik ni. Nangis sekejap je tiap kali kena cucuk jarum untuk diambil darah. Lepas ambil darah, tidur sajalah kerjanya sebab keletihan


Doakan moga adik Azri terus sihat ye kawan-kawan.





Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. waalaikumussalam. kami doakan semoga azri zakwan cepat sembuh dan dilimpahkan kesihatan seperti sediakala. aamiin

    BalasPadam
  2. Semoga adik Azri cepat sembuh. Kesian dia.

    BalasPadam
  3. Beberapa kali ambil darah alahai, kecian dia. Semoga adik Azri cepat sembuh...

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code