Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Cara Membuat Roti Kok Di Rumah

Assalamualaikum

Cara Membuat Roti Kok Di Rumah | Roti bukanlah makanan yang boleh disimpan lama. Kadang-kadang bila beli sebuku kecil tak cukup. Tapi, bila beli sebuku yang besar.. eh tak habis pula. Biasanya saya akan periksa kondisi roti bila tarikh luputnya hampir tiba. Selagi tidak berkulat, memang selamatlah untuk dimakan. 

Kalau roti banyak lebih, jangan buang. Boleh buat roti kok.

Sebenarnya saya antara penggemar roti kok. Dari kecil selalu makan kan. Suka jadikan menu minum petang. Berbanding beli yang dah siap di kedai, lebih baik saya buat sendiri. Lagipun menyediakannya sangat lah mudah. Cuma perlu bakar di dalam oven. Takde oven? Boleh guna air fryer.


Cara membuat Roti Kok

Bahan-bahan:
Roti keping
Marjerin
Gula

Cara penyediaan:
1- Sapukan marjerin di 1 bahagian roti. Kemudian taburkan gula.
2- Bakar dengan suhu 180 darjah selama 5 minit.
3- Setelah masak, sapu pula marjerin di bahagian sebelah lagi. Taburkan gula dan bakar lagi.


Pada mulanya saya hanya membakar di dalam air fryer. Tapi, disebabkan saiz air fryer ni kecil, hanya boleh memuatkan 4-5 keping potongan roti (seperti di dalam gambar), saya terus gunakan oven pula. Guna oven lebih cepat siap. Hampir sebuku roti keping bersaiz panjang saya gunakan untuk membuat roti kok ini. Kiranya saya beli roti semata untuk buat roti kok la.


Selesai dibakar, saya biarkan sejuk dahulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.


Banyak macam ni sekejap je habis. Lebih-lebih lagi ada gandingan yang suka makan roti kok ni. Siapa? siapa lagi kalau bukan Alif. Siap request untuk buat lagi.









Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. assalamualaikum
    selamat pagi
    semoga semua urusan dipermudahkan

    BalasPadam
  2. menarik sangat nih... nanti nak buat jugak... krup krap kalau makan ni

    BalasPadam
  3. ada roti nak dekat expired..blh bt sok..hehe..tenkiu

    BalasPadam
  4. roti kok ke panggilan dia.. tp mmg sedap, guna AF senang nk buat

    BalasPadam
  5. Ooo boleh cuba juga ni.. kesahnya senang aje yekkk

    BalasPadam
  6. Nampak macam senang ea. Tapi tak terbuat lagi huhu

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code