Bukan saya takde vakum sebelum ni. Ada. Tapi vakum lama jenis berwayar dan agak besar saiznya macam robot star wars. Bagi memudahkan kerja rumah, saya decide untuk beli vaccum cordless jenama Khind. Sebenarnya banyak jenama lain dalam senarai, tetapi saya memilih berdasarkan tahap kemampuan saya.
Vaccum Cordless Khind VC9675
Apakah ciri-ciri vakum ini yang membuat saya tertarik untuk beli?
Paling utama, ianya sangat mudah untuk dipasang dan ditanggalkan. Selain itu, ia boleh digantung di dinding ketika proses pengecasan atau tidak. Atau erti kata lain, selepas digunakan hanya perlu di gantung di dinding. Jimat ruang kan? Tempoh pengecasan pula 4-5jam. Ia akan berhenti mengecas bila bateri sudah penuh dicas.
Dengan teknologi cyclone, terdapat lampu LED di hujung berus sedutan bagi melihat sudut yang kurang terang atau gelap. Vakum ini mampu bekerja selama 35 minit tanpa henti dan sangat sesuai untuk saiz rumah seperti saya. Beratnya juga hanya 2-3kg. Tak berat mana kan? Senang untuk di bawa ke ruang tamu, bilik mahupun dapur. Tangan pun dah tak lenguh.
Tengok lah tu. Anak-anak pun mudah mengendalikan vakum tanpa wayar ni. Kerja membersihkan rumah menjadi lebih seronok. Mak-mak pun tak lah penat sangat bila anak-anak suka membantu.
Habuk dan sampah akan terus masuk ke tempat sampah yang comel ni. Bukan sahaja comel, ia juga mudah untuk ditanggalkan dan dipasang semula. Pembersihan bahagian dalam juga mudah. Boleh tengok video yang saya kongsikan ni.
Mesti ramai yang tertannya-tanya kan, berapa harganya? Harga vakum ini hanya RM279, berserta bateri dan tempat pengecasan.
Secara peribadi, saya agak berpuas hati dengan vakum ini. Sudah 3 bulan juga saya gunakannya. Tapi, ia juga ada sedikit kekurangan. Vakum jenis ini hanya ada 2 kuasa sedutan iaitu sederhana dan kuat. Bagi rakyat marhaen seperti saya, memiliki vakum seperti ini juga sudah memadai. Korang nak beli? Survey je di Kedai Khind di Shopee.
3 Ulasan
Ni kalau setakat nak sedut habuk dan rambut kat lantai, okeylah kan.. masalah Kita ni rambut jer kat lantai, geram
BalasPadambetul..betul..betul.. kalau dah nama perempuan, rambut bersepah kat lantai tu biasa. penat kalau asyik nak sapu je.
Padambagus ada vacuum macam ni. boleh la vacuum dekat lantai yg kdg2 ada tertinggal rambut kita yg byk sgt ni. nak menyapu susah la
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.