Assalamualaikum
Kenangan Syawal 1442H | Belum terlambat kan untuk saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri. 2021, hari raya tak terasa raya sebab arahan PKP. Beraya di rumah masing-masing sahaja. Tiada kunjung mengunjung, ziarah kubur, apatah lagi open house.
Makanya aktivit raya tahun ini hanya makan, tengok tv, makan lagi, layan anak, marah anak, tengok muka suami. Akekeke..
Tema raya kali ni warna ungu. Ikutkan nak cari warna ungu pinkish macam Azri pakai tu sebab baju Azri tu pun kawan saya yang bagi. Dari tak pakai, baik kita pakai kan.
Seperti biasa, juadah hari raya saya masak di petang hari terakhir puasa. Menu wajib mestilah rendang daging. 2kg rendang daging saya masak dan beri sedikit kepada jiran tetangga. Takdelah sampai selorong saya bagi, mana yang ada aje. Yang lain saya masak pagi hari raya jelah.
Rendang daging
Kuah kacang bersama babat
Lodeh
Ini lah hasil bangun jam 4 pagi. Juadah hari raya untuk kami seisi keluarga.
9 Ulasan
lengkap dah juadah raya
BalasPadamalhamdullilah
BalasPadamSalam syawal...
BalasPadamSalam Aidilfiri. Maaf zahir batin.
BalasPadamSelamat menyambut raya pkp
BalasPadamkira ok tu tema warna purple tapi pelbagai tona warna...
BalasPadamawal tu pukul 4 pagi dah bangun... akak tahun ni tak masak lodeh, adik yang masak kita tukar juadah je
sedapnya lodeh, pekena pulak sambal ikan bilis, uishhh..
BalasPadamkak mieja dtg sini :)
BalasPadamKunjungan balas. Salam perkenalan Mar daripada Cik Bie.
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.