Hmmmmm

By Mar Mansor - 11:47 PG

Bosan kan hari-hari buat perkara yang sama.

Bangun pagi..bersiap ke tempat kerja. Masuk kerja. Orang lain jam 9.00am baru mula kerja tapi aku tidak. Sudah tertulis waktu kerja bermula jam 8.30am, maka 8.30am lah kita bekerja bukannya 8.30am tu baru berlenggang-lengguk masuk pejabat.

Hari-hari kerja aku...key-in data, semak laporan yang aku buat (yela penat tau nak turun naik tangga). Semak rekod. Itu sajalah. Bosan..memang bosan.

Kemudian segala penat lelah kita melakukan kerja pula sering disalah tafsir. Mereka bukan tahu aku yang buat semua laporan tu...mereka yang lain? Tahu memberi arahan saja. Al maklum mereka semua pangkat besar-besar. Siapalah aku untuk berkata-kata. Laporan yang disangka di sediakan oleh 'mereka', aku lah yang oenat menyediakannya. Al maklum sekadar orang bawahan. Bekerja dengan mengikut arahan saja. Sedar diri OK!

Jemu.

Memang aku jemu. Tapi nak buat macamana lagi, sudah tertulis rezeki aku di sini. Bukan aku tidak berusaha. Sudah. Cuma rezeki belum sampai lagi.



Wallahuaklam..

  • Share:

You Might Also Like

0 comments

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.