Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Aku Manusia Biasa - Kegemaranku ke Kesukaanku?


Setiap detik yang berlalu...setiap saat yang hilang..nostalgia semalam menjadi kenangan..

Ya..aku seorang wanita biasa. Punya seorang suami yang amat kusayangi..kucintai..ku kasihi..aiceh..

Punya seorang bidadari...ahhhh....aku bahagia...

Dulu masa kecik-kecik, zaman sekolah rendah, aku bercita-cita hendak menjadi seorang doktor. Doktor?? Wah...kena belajar betul-betul nih.. Masuk darjah satu, aku sudah pandai membaca..tidak perlu mengeja..cuma baca agak perlahanlah. Aku suka kucing..suka sangat. Oleh kerana itu, aku hendak jadi doktor haiwan!

Itu dulu..zaman sekolah rendah. Tapi zaman sekolah menengah pun sama. Cita-cita tetap sama walaupun aku sudah boleh terima hakikat bahawa untuk menjadi doktor aku perlu mendapatkan 'A' untuk semua matapelajaran. Glurpppp.. Tapi, aku tetap belajar di kelas aliran Sains.

Dapat keputusan, SPM, isi borang UPU, tidak tahu mahu memohon jurusan apa. Keputusan SPM pula memang cantek sangat.

Berkira-kira tidak mahu mengambil jurusan yang biasa-biasa.. aku mohon masuk Pra-Sains di UiTM. Alhamdulillah berjaya. Dapat menjejakkan kaki ke universiti juga.

Pra-Sains selama 6 bulan sahaja. Sebagai menggantikan keputusan SPM aku yang cantek sangat tu. Berjaya memperoleh GPA 3.39 (kot..tak igat lak).

Tamat Pra-Sains, mendapat peluang pula untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma Kejuruteraan Elektrik Elektronik di UiTM Shah Alam. Alhamdulillah..bukan senang nak masuk universiti kan?

Tapi..aku sedikit terkilan dengan persepsi setengah orang yang beranggapan, masuk universiti, belajar tinggi-tinggi nanti dah habis belajar, tak dapat kerja pula. Baik lepas SPM tu terus kerja. Hish..kenapa fikir macam tu ye? Belajar kan untuk menimba ilmu, bukan kerana untuk mendapatkan pekerjaan yang elok semata-mata.

Ibu bapa mana yang tidak bangga andai anak mereka dapat menjejakkan kaki ke menara gading. Ye maksud aku UNIVERSITI AWAM. Kalau yang swasta tu mana-mana pun sekarang bersepah macam cendawan tumbuh. Janji.....DUIT. Entah la...lain orang, lain pula tanggapannya. Tapi itulah pandangan aku kerana bukan semua orang dapat menjejakkan kaki ke Universiti Awam. Emm..masih kurang jelas maksud aku?..Ahh..lantak korang lah..

Setelah 3 tahun bersengkang mata, bertungkus lumus (kononnya) akhirnya, berjaya juga aku mendapatkan segulung Diploma.

Bercita-cita pula untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Alhamdulillah, permohonan diluluskan. Surat pun sudah di depan mata cuma bayaran pendaftaran saja belum dijelaskan. Siang malam berfikir hingga mandi tak basah, makan tak kenyang, tidur tak lena. Akhirnya aku bekerja selepas konvokesyen Diploma. Tawaran ke peringkat Ijazah ku tolak. T__T

Sekarang aku semakin matang untuk mengharungi dunia yang penuh pancaroba. Aku bekerja biasa-biasa saja.


Aku suka mereka fesyen pakaian. Yang menjadi panjahit adalah mak aku.

Aku suka menjahit manik. Yang menjadi guru adalah kakakku dan blog ini.

Aku suka menulis. Dan aku menulis ikut kesukaan. Cerpen, ceritaku..cerita hatiku.

Aku suka membaca. Tak kira genre apakah bacaan aku. Yang paling aku suka novel berbentuk thiller dan sains fiksyen. Aku suka baca karya dia dan dia.

Aku amat suka novel Pesona Sandora

Aku suka memasak. Masakkan harian untuk dimakan, masakan di hujung minggu juga untuk dimakan.

Aku suka kek. Suka makan kek dan yang amat ku suka bila berebut dengan suami tercinta bila kek itu hanya tinggal sepotong.



Hari ini, aku mahu membuka mindaku. Mencari satu pembaharuan yang tidak pasti. Melangkau ke satu arah yang belum pasti kewujudannya. Semoga kudrat ini bertemu apa yang kuingini.

Wallahuaklam..




Nota Kaki : Bukan melihat pada pangkatnya..bukan melihat pada wajahnya..bukan melihat pada hartanya..tetapi daku melihat pada agamanya...







Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code