Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Monday Blues~~


Sampai je rumah pengasuh cepat-cepat keluarkan barang-barang Aisyah. Tapi!!!

Beg baju Aisyah pula tertinggal. Aduhai..nak patah balik memang boleh sangat then hantar la semula ke rumah pengasuh yang jarak hanya 2km. Tapi, bila fikir semula..emmm..kena sampai tempat kerja awal. Yela..memo dah keluar untuk 2013, '0 minute lateness'..huhuhu..


Macamana lah boleh tertinggal benda penting macam tu kan?


Mana tidaknya. Malam tadi ibu dah siapkan segala barang Aisyah dan letakkan berhampiran pintu. Tapi, sejak Aisyah semakin besar ni..ligat betul dia. Beg pakaian tu Aisyah tolak ke bawah meja jepun depan meja tv kan? Kan Aisyah kan? Ibu tak nampak dah beg pakaian Aisyah tu.. dan terus je menonong keluar.


Lunch time nanti terpaksalah ibu hantar pakaian Aisyah ke rumah pengasuh.


Dapat jumpa anak ibu sekali. Yippii..






Nota Kaki : Pagi yang kurang best kerana hari ISNIN!

Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code