Cuti

Ambil Mood

1:24 PTG

Assalamualaikum


Selamat kembali bekerja. Entri suka suki hari ni. Setelah bercuti selama 4 hari. Hari ini moh le kembali bekerja. Apa aktiviti selama 4 hari? Akan update nanti.

Mood bercuti masih bersisa, itu yang masih terasa kemalasan. Memang takde makna nak sambung cuti. Cuti simpan untuk hal lain-lain dan cuti raya kita lah nanti. Nak tiba-tiba MC atau cuti tu, emmm sesekali buat ok lah. Kalau selalu tu orang lain rasa menyampah. Ko nak keje ke nak apa sebenarnya?

So hari ni, kita ambil mood dulu.

Teaser



Cuti

Happy CNY 2017 - Tahun Ayam

10:00 PG

Assalamualaikum


Happy CNY 2017 - Tahun Ayam | CNY kali ini jatuh pada hari Sabtu dan Ahad. Kilang kami shutdown dari 27/1/17 hingga 30/1/17. Selasa dah naik kerja semula ye.
Pinjam dari Google


Planning asal, kalau cuti lama memang nak balik kampung halaman. Bila lagi dapat cuti lama macam ni. Beberapa hari ni cuaca mendung dan hujan yang agak lama. Berita mula menyiarkan tempat-tempat yang dilanjir.

Rumah mak abah di kampung belum dinaiki air, masih selamat untuk diduduki. Hari tu air sudah hampir masuk rumah dan masing-masing bergegas mengemas barang apa yang perlu. Memang sentiasa dilanda kerisauan.


Dikesempatan ini, saya mengucapkan selamat bercuti kepada semua rakan-rakan. Semoga apa yang korang lakukan selama bercuti berjalan dengan lancar. Moga berjumpa lagi bila naik cuti nanti..

Da...


Birthday

Kejadian Selepas Hari Jadi

10:00 PG

Assalamualaikum


Kejadian Selepas Hari Jadi | Hari Ulang Tahun Qaseh yang ke-2. Qaseh ni cucu BS. Duduk pun sebelah rumah nenek dia je. Qaseh sebaya Alif.

Sambutan hari jadi dibuat pada hari Ahad lalu. Saya dah pesan awal-awal pada Aisyah, malam nanti nak pergi rumah Qaseh, nak tengok Qaseh potong kek. Tapi Aisyah asyik main dan tengok video cerita Puteri, tak tidur pun petang tu. Penyudahnya, dia terlelap dah petang dan bila maghrib dikejut tak mahu bangun.

Jam dah lebih 8 malam, Aisyah tak bangun juga. Saya minta izin suami ke kedai sensei berdekatan untuk beli susu Qaseh (sebagai hadiah) dan susu Alif sekali.

Pergilah saya ke kedai dan terus ke rumah Qaseh dengan ditemani Alif sahaja. Parking atas bukit. Kemudian, jalan sedikit ke rumah Qaseh. Orang dah siap makan pun. Kami dua beranak baru berlenggang-lenggang.



Sempatlah makan semangkuk mi kari. Itu pun perut dah rasa kenyang. Berbual-buat sekejap. jam 9.30 malam saya balik. Dibekalkan berbungkus-bungkus makanan. Terima kasih banyak-banyak tuan rumah.

Yang saya nak ceritakan ni, kejadia yang saya tak sedari langsung setelah sampai rumah. Sedar bila tergesa-gesa nak ke Today Market dalam jam 3 petang keesokan harinya.

Masa tu berderau darah bila  tengok purse kecil ni hanya tinggal note merah dan biru (singgit). Eh?? Mana kada dalam ni? Mana? Mana?

Memang tak de! Ah sudah. Mana ni? Mana?

Fikiran dah mula tak keruan. Bersiap pun macam separuh siap dek kerana fikiran tak menentu. Ada benda penting dalam purse kecil tu yang hilang! Rasa nak meraung tapi sabar.


En.suami : Macamana ada beg besar, pastu ada beg kecik pulak. Eh pelik-pelik orang perempuan ni.

Hahaha..

Terus ke tempat parking malam tadi. Alhamdulillah, barang tu tercicir di celah-celah rumput. Takde siapa yang ambil. Syukur sangat-sangat.


Ini lah barang penting tu.



Nota Kaki : Jangan cuai seperti saya ye..








Produk Bumiputera

Review:Seqy Beauty Skincare

9:00 PG

Assalamualaikum


Review:Seqy Beauty Skincare | Dalam meniti usia 3 series, kulit kelihatan semakin kusam. Biasalah perempuan kan... keinginan untuk cantik tu sentiasa ada. Kulit muka saya jenis berminyak, pori-pori terbuka Dua ini menyebabkan muka mudah berjerawat. Cuma masih bersyukur hanya jerawat kecil-kecil.

Penyebab ini saya mula berkira-kira untuk menukar skincare yang selama ini saya pakai.Bukan mudah untuk buat keputusan sebab khuatir kulit muka tak serasi. Setelah beberapa lama mengkaji, tekad jugalah nak cuba skincare yang diperkatakan ramai ini.

Skincare sebelum ni bukan tak bagus. Bagus cuma bab kulit beminyak tak kurang juga. (Dengan publish nya artikel ini, saya akan revert artikel skincare tersebut ke dalam draft). Merajuk.

Bermulalah perjalanan bersama SeQy Beauty Skincare.


Cute kan packaging dia. Design pun cantik. Terus snap. Trial pek berharga RM130 termasuk postage. Kalau tengah ada promosi, harga murah sikit, boleh grab cepat-cepat.



Fungsi dan kelebihan SeQy Beauty Skincare:

Cleanser
- Sebagai pelembab wajah (Vit E)
- Membaik pulih sel kulit (Vit C)
- Membuang kotoran pada wajah
- Anti-oxidant
- Mencerahkan kulit (sumber dari alam semulajadi)
- Anti penuaan. Menegangkan kulit sekaligus mengurangkan kedutan di wajah
- Penyejukkan wajah (cooling agent, sumber dari timun)
- Memudarkan jeragat dan bintik hitam.
- Mengurangkan masalah kulit berminyak (sumber lemon citrus)
- Anti-microbial

Toner
- Membantu menstabilkan pH kulit
- Meminimalkan ukuran pori-pori dengan penggunaan yang tepat (menepuk-nepuk toner pada wajah dengan menggunakan telapak tangan)
- Memberikan perlindungan dengan mengangkat mineral yang terdapat pada air di saat anda membersihkan wajah
- Bertindak sebagai humeknan, mengunci kelembapan sehingga mengurangi kekeringan saat kulit terkena sinar matahari
- Mengurangkan risiko berjerawat dan berkedut
- Mengawal sebum (kelenjar minyak)
- Mengurangkan radang (kemerahan)

Serum
- Membuatkan struktur kulit lebih tegang dan anjal
- Melembapkan kulit wajah yang kering akibar jerawat
- Mengurangkan kedutan pada wajah (anti penuaan)
- Menghalus serta mencerahka kulit
- Menutrisikan kulit
- Mencegah kegatan (iritasi) atau kemerahan akibat jerawat
- Menghilangkan flek pada wajah
- Mencegah pertumbuhan bakteria dan jerawat
- Mengawal sebum

Day & Night Krim
- Menghilangkan jerawat dan parut bekas jerawat
- Memudarkan dan menghilangkan bintik-bintik hitam dan putih di wajah (pigmen)
- Mengecilkan pori-pori
- Menegangkan dan menghilangkan kedutan pada wajah
- Menghilangkan parut di wajah
- Menyegarkan kulit wajah
- Mengawal minyak
- Mengurankan kegatalan dan kemerahan (akibat jerawat)
- Melicinkan struktur kulit
- Melindungi kulit dari sinaran UV


========================

Saya mendapat kesan positif selepas seminggu penggunaan dan terus sabar menggunakannya. Selepas 3 minggu penggunaan baru saya review produk ini.


Apa yang best mengenai produk ini, kulit wajah kurang berminyak dan terasa lembap. Ini yang paling penting. Jerawat halus di ubun-ubun masih ada sedikit.

Yang paling best, krim siang & malamnya. Sedap pakai. Menyerap ke kulit tanpa berminyak. Bila bangun pagi, kulit terasa moist.


Moga terus memberi kesan positif pada saya dan yang pengguna lain.



Nota Kaki : Terima kasih kepada kawan yang memperkenalkan produk ini..Best!






Islam Agamaku

Formula Untuk Redha

9:00 PG

Assalamualaikum


Formula Untuk Redha | Perkongsian dari Whataps Group. Satu tazkirah yang pada saya cukup buat kita terkesan.

πŸ“ŒBagaimana untuk REDHA?
[ Janganlah kau bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya) jika kamu orang yang beriman. ]
Ali Imran ayat 139

πŸ“ŒBicara tentang formula REDHA, saya sendiri seakan tergagap untuk berbicara tentang, sedang diri sendiri masih bersoal jawab dengan hati sendiri.

πŸ“ŒApakah diri ini sendiri sudah benar-benar REDHA atas ketentuan ilahi?

Hanya hati sendiri ada jawapannya, Redha?

Apa yang kita faham tentang REDHA....??

πŸ‘‰REDHA apa bila kita tidak lagi bertanya kenapa. 

πŸ‘‰REDHA bermakna menerima setiap ketentuan ALLAH tanpa KELUHAN dan RUNGUTAN. 

πŸ‘‰REDHA itu menerima TANPA SEBARANG PERTIKAIAN. 

πŸ‘‰REDHA itu TIDAK MENCERITAKan pada sesiapa KECUALI MENGADU KEPADA ALLAH!


πŸ“ŒJujur saya katakan memang bibir mudah melafaz REDHA. aku REDHA.

Tapi hakikat hati sendiri yang tahu. REDHA itu payah nak dapat.

πŸ“ŒMungkin kita mula belajar untuk REDHA, tapi dalam tempoh belajar untuk REDHA itu pasti ada ujian untuk melihat keteguhan iman kita pada ALLAH.

πŸ“ŒKita manusia biasa, bukan kita tak pernah  berusaha untuk REDHA namun hakikat untuk mendidik hati sendiri itu jauh lebih payah dari mendidik hati orang lain, kadang ego kononnya aku REDHA.

πŸ“ŒTapi bila datang lagi ujian mengeluh lagi, YA ALLAH kenapa aku?

Bagaimana Untuk REDHA?

πŸ“ŒNak REDHA, satu kita kena percaya bahawa setiap yang terjadi ada hikmahnya, sudah tertulis dalam rencanaNya sejak dulu lagi.

Cuba tanam sifat “berbaik sangka” pada ALLAH. Terus terang saya cakap bersangka baik saya ujian datang bertimpa-timpa itu sukar, kerana saya pernah  melalui fasa itu.

Fasa di mana bibir ini bertanya pada ALLAH mengapa semua ini terjadi, saat air mata mengalir, menerima hakikat kehidupan yang tak selalu indah.

πŸ“ŒHikmah, teringat pada kata-kata seorang adik disampaikan oleh sahabat saya. “akak, setiap kali ALLAH ,menguji, adik tercari-cari hikmah apa yang ALLAB nak bagi”.

ALLAHU saya tersentak dengan kata-kata itu, lemahnya saya. Mulai hari tu, saya cuba ambik ibrah dari kata-kata itu.

πŸ“ŒUntuk REDHA, tidak semudah yang disangka.

Tapi tak semudah tu. Setiap kali ujian melanda, cuba positif, ada hikmah ini, jangan biarkan kesedihan tu menutupi segalanya. Sampai tak nampak hikmah dan nikmat yang lain.

πŸ“ŒMenangis itu tak salah sedih itu tak salah. Tapi satu je, percaya pada ALLAH.
Percaya dengan kasih sayang ALLAH. Senyum.

Alhamdulillah, kata orang alah bisa tegal biasa, bila terbiasa dengan lama-lama terbiasa ditarbiah. Lama-lama kita akan semakin positif.

πŸ“ŒSesukar mana pun ujian itu, kita akan nampak hikmahnya. Indah bila hati benar-benar REDHA. benar -benar ikhlas.

πŸ“ŒBila sapa ujian biar masih mengukir senyum walau dimata terlihat sayu, walau bibirnya pucat tak berdarah, namun senyuman ikhlas itu mengindah segalanya.

Senyuman saya ini untuk mu sahabat. Qawiyy! Senyum.

YA ALLAH, sesungguhnya setiap rencanaMu, pasti ada hikmahNya.
Dunia sementara. Ujian sementara. Derita sementara.
Syurga kekal. Nikmat kekal. Bahagia kekal. Hanya disyurga.

πŸ“ŒKuatkan langkahan mujahadah, moga hati istiqamah sentiasa.

REDHA itu mudah, saat hati kau tak lagi mempersoalkan ketentuanNYa. Menerima dengan berlapang dada. InsyaAllah kita boleh sahabat.

πŸ“ŒAndai  selama ini ALLAH uji kamu mampu laluinya, sekarangπŸ–‡ DIA uji lagi takkan nak mengalah, kalau awak tak mampu sungguh takde awak yang sekarang ni.

πŸ“ŒSungguh DIA takkan menguji dengan ujian itu.

======

REDHA…ayat yg senang disebut tp payah untuk dilalui..
Alhamdulillah… syukur pada ALLAH.. ujian yang ALLAH beri berkali-kali dan akhirnya kita kenal itu makna REDHA.

πŸ“ŒBila kita meletakkan ALLAH pertama, memahami semua yang berlaku adalah dengan izin ALLAH. kita akhir sedar yang hati kita adalah milik ALLAH.

πŸ“ŒMaka kita kembali berserah pada ALLAH kerana ALLAH mengetahui segalanya untuk diri kita dan apa yang ALLAH tentukan sememang terbaik untuk kita.

πŸ“ŒALLAH sayangkan kita. ALLAH sayangkan semua orang yg dia diberikan ujian dan dugaan.

Akhir sekali, dengan memaafkan orang yang melukakan hati kita sebab kira ingin berdamai dengan ujian ALLAH.
Subhanaallah.. hati kita akan kembali tenang dan selalu pujuk hati ALLAH ADA dan kita milik ALLAH.


#UtkINGATANDiriSENDIRIYgPalingUTAMA
#DariALLAHKpdALLAHUtkALLAHHanyaALLAH




Makanan

Rempah Ayam Madu Ammar Global

9:00 PG

Assalamualaikum


Rempah Ayam Madu Ammar Global | Tak susah dah nak cari ayam madu ke kepak madu dah zaman sekarang ni. Lagi kalau yang tengah mengidam. Tak perlu risau sampai penat fikir mana nak cari ayam madu yang sedap. Boleh buat sendiri dah. Hanya perlu perap dan bakar. Dah masak, boleh terus ngap!


Rempah ayam madu keluaran Ammar Global Food Industries ni dijamin sedap, bermutu tinggi dan yang pasti halal.

Di sini saya kongsikan tips untuk memasak ayam atau daging yang telah diperap.


Paling sedap
DI BAKAR

- Sediakn bara api untuk membakar. Pastikan bara dah cukup panas.
- Letakkn ayam atau daging yang telah siap diperap di atas bara api.
- Apabila ayam atau daging nampak agak kering, terbalikkannya.
- Ambil semula air perapan lebihan dalam bekas perapan tadi ( tidak perlu tambah air lagi), sapukan air perap tadi pada ayam atau daging yang telah dibakar tadi.
- Ulang langkah 3,4 dan 5 untuk bahagian sebelah lagi ayam atau daging tersebut.
- Pastikn ayam atau daging nampak berkilat.
- Boleh ulang proses beberapa kali sehingga ayam atau daging masak.


-DI GRILL
(MENGGUNAKAN PEMANGGANG AJAIB)

- Panaskn pemanggang ajaib. Pastikan sudah cukup panas
- Susun ayam atau daging yang telah diperap tadi di dalam pemanggang ajaib..
- Biarkan di dalam pemanggang ajaib selama 5-10 minit. (Bergantung pada ketebalan ayam atau daging).
- Terbalikkan ayam atau daging di dalam pmanggang ajaib untuk memasak bahagian sebelahnya. Pastikan ayam atau daging sudah agak kering sebelum menukar posisinya.
- Ambil air perapan ayam atau daging tersebut dan sapukan pada bahagian yang telah dimasak tadi.
- Ulang langkah 5 untuk bahagian sebelahnya.
- Pastikn ayam atau daging nampak kilat.
- Boleh ulang proses beberapa kali, sehingga masak.


-DI GORENG

- Sediakan kuali dan minyak.
- Panaskan minyak yang sudah ada dalam kuali.
- Pastikan api masak kecil sahaja.
- Hanya menggunakan minyak yang sedikit.
- Masukkn ayam atau daging yang telah diperap ke dalam kuali.
- Sentiasa memerhati ayam atau daging yang digoreng supaya tidak hangus atau hitam.

========================


Oleh kerana stok ayam dah habis, saya bakar ikan jelah. Ikan bawal emas ni nak masak sweet sour pun bahan tak cukup, makanya, kita bakar jelah dengan rempah sedap ni. Rugi tak cuba.


1- Curah 3 sudu rempah dan terus ratakan pada ikan. Termasuk dalam-dalamnya. Mula-mula pakai sudu, kemudian terasa nak pakai tangan pula. Eh..eh.. Kemudian, tutup dan simpan dalam chiller barang sejam dua. Saya perap sejam je sebab perut pun dah kebulur.



2- Bahana menggunakan tangan. Macam pakai inai dah warna merahnya. Tapi jangan risau, ia tak melekat di tangan seperti kunyit. Bila basuh, warna merah hilang.



3- Yang best, ada ziplock. Memudahkan penyimpanan.


200gram ni boleh digunakan dengan kuantiti yang banyak. Saya curah 3 sudu je untuk ikan tersebut. Ada banyak lagi stok rempah ayam madu ni.
Kerana excited, saya beli ayam pula. Untuk merasai kesedapan sebenar ayam madu ni.
1- Bersihkan ayam, cuci dan tos. Kemudian saya kelar-kelar sikit. Yang saya kelar tu versi over.


2- Terus curah rempah kering tadi dan gaulkan hingga nampak berkilat. Kemudian, tutup dan simpan di bahagian chiller.


Ini pula daging ayam bahagian dada. Pendek kata yang bahagian daging lah.


1- Potong daging ayam agak nipis sedikit. Ikut citarasa masing-masing. Bersihkan ayam dan toskan. Kemudian, curahkan rempah kering tadi dan gaul.


2- Ratakan rempah tadi hingga nampak berkilat. Rempah ini tidak perlu ditambah air. Tutup dan simpan di bahagian chiller.


3- Ini saya bakar di pagi hari.

Saya bakar sikit je. Licin Aisyah dan Alif makan. Alif suka betul. Habis seketul, minta lagi sampai kenyang.
Bagi yang berminat nak rasa, boleh whataps
Wan - 017-653 6532 (Johor area)



Anak-anak

Double A

4:34 PTG

Assalamualaikum


Double A | Sibuk sikit since November 2016. Rasa tak jejak lagi 2017 dengan kerja-kerja yang ada. Tapi, takkan kubiarkan blog ku bersawang. Nyah dari sini wahai sawang-sawangan.

Cepat betul masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah masuk minggu ke-3 di bulan Januari 2017. Tak lama lagi cuti CNY. Tu yang tidak menang tangan dibuatnya.

Sekadar mencuri masa untuk berkongsi gambar dua orang comel kesayangan kami.


"Ibu, amik gambar kakak. Kakak senyum ni.."


Yang si bujang pula memang terserlah sifat kejantanannya. Celik mata terus cari basikal. Bosan dengan basikal, cari kereta. Bosan juga, ajak ibu ayah main ball.

"Ball,,,,"

Kadang-kadang kami faham dia sebut GOLLL..

Tu sibuk pomen lori pula..

"Vromm..vromm.."








Aisyah Humaira

Perlukah Bawa Peralatan Sekolah Ke Tadika

11:00 PG

Assalamualaikum


Perlukah Bawa Peralatan Sekolah Ke Tadika | Bila anak sudah sekolah, bermacam persediaan perlu dibuat. Di tadika Kemas tempat Aisyah sekolah cikgu ada bagitahu peralatan disediakan. Tinggal di sekolah, tak boleh bawa balik. Buku-buku pun sama. Bila ada homework je baru bawa balik.

Kasut sekolah adalah benda pertama kami beli untuk Aisyah. Kaki comel. Saiz 7. Dah dapat kasut, baru beli stokin dan lain-lain.



Syukur tidak perlu membeli sangat. Ini adalah lambakan peralatan yang dipos oleh Cik Umie Aisyah. Siap lengkap beg. Sekotak pensel warna (tiada dalam gambar) telah hilang beberapa batang dalam masa 3 hari bersekolah. 

T___T



Beg sekolah gambar Frozen dihadiahkan oleh neneknya. Alhamdulillah, rezeki anak. Itulah yang dipikul dari Ahad hingga Jumaat.

Hari pertama di sekolah, inilah hasil yang dibawa pulang.

Apakah??

Krik..krik..






Kereta

Hari Jadi Yang Ditunggu

10:03 PG

Assalamualaikum


Hari Jadi Yang Ditunggu | Setiap tahun, hari jadi dialah yang saya tunggu-tunggu.
Wajib diingat.
Wajib disambut.
Wajib bagi hadiah.




Saya sudah. Akekeke...




Info

Zoo Johor

12:21 PTG

Assalamualaikum


Zoo Johor | Terus terang saya katakan di Johor Bahru ni takde tempat yang menarik untuk dilawati. Kalau shopping mall tu memang berlambak la. Tapi tak best la window shopping je, kalau dapat shopping tu lain lah cerita.

Sabtu lalu kami ke Zoo Johor untuk kali ke-3. Kali-2 buat Aisyah dan kali pertama buat Alif. Itu pun setelah Aisyah beria-ria mengajak kami. Memandangkan tiada tanda-tanda hari hujan, maka kami segera memenuhi permintaannya. Cuaca panas berdenting!


Yeay sampai zoo! Agak ramai juga. Memang sesuai untuk bawa anak-anak berjalan-jalan di sini.


"Ibu, saya nak bagi unta makan"

Dengan bayaran RM2, dapatlah sebesen sayuran. Macam kangkung, bayam dan sayur lain saya tak pasti. Kembung perut unta asyik makan je. Saya, spesis penakut nak bagi unta makan. Bila dia nganga mulut, saya dah rasa seram. Hahaha...



2 ekor anak gajah dipertontonkan di sini. Gajah hanya dibawa keluar pada masa tertentu. Waktu tersebut dalam 8.00-10.00 pagi dan petang, 2.30 - 4.00 petang. Kalau tak silap saya. Gajah ni jinak. Kulit dia kasar ek. Ada bulu-bulu.



"Ibu, harimau tu tidur.."

Haiwan kegemaran saya ni. Meskipun ianya comel seperti kucing tapi dia garang! Kalau dapat tunggang memang best.



"Hai pony, rambut awak cantik lah"

Sebenarnya Aisyah nak naik kuda padi ni. Tapi, kuda padi ni sedang berehat, tengah makan. Bayaran sebanyak RM6 dikenakan bagi kanak-kanak yang ingin menunggang. Hanya ada seekor. Oleh kerana lama menunggu, kami beransur dahulu.



"Hai hippo..mandi ke?"

Sudah nama pun badak berendam, berendam sahajalah kerjanya. Oleh kerana dia berendam sahaja, tak nampak lah badannya sepenuhnya.



"Ibu, saya takutlah tengok buaya. Ni patung ke betul-betul?"

Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Buaya yang sudah kekenyangan ibarat patung tidak bernyawa. Tidak bergerak. Ini spesis buaya tembaga. Besar.




"Eh ibu,,,itu ibu dia...itu ayah dia.."

Diberi nama monyet yang kecil. Monyetnya kecil-kecil berwarna hitam. Ada banyak ekor. Tapi, kena perhati betul-betul akan kedudukannya sebab ianya kecil.



 "Besarnya burung. Boleh terbang tak"

Burung unta, berbadan besar tetapi mempunyai otak yang kecil. Ada banyak di sini. Seram sejuk tengok muncung dia, takut kena patut walaupun tak lepas pun muncung tu nak mematuk.


Ada banyak lagi haiwan di sini seperti burung merak, burung kakak tua, burung serindit, burung kenyalang, bangau, rusa, kerbau dan kancil.


Harga tiket,

Dewasa : RM2
Kanak-kanak : RM1


Masuk-masuk ke dalam zoo, mereka akan ambil gamabr kita dahulu. Balik nanti, boleh la tengok gambar tersebut, sama ada nak beli ke tidak.

Saya belilah, RM30 untuk 2 keping gambar saiz besar. Beli pun sebab ada Alif, boleh lah buat kenang-kenangan.