Putu Bambu Juriah Ayer Hitam

By Mar Mansor - 8:00 PG

Assalamualaikum

Putu Bambu Juriah Ayer Hitam | Kesedapan putu bambu di sini telah lama diperkatakan ramai. Sejak dari zaman sebelum wujudnya VIRAL. Dulu, dia cuma berniaga di tepi jalan. Di tepi jalan di lokasi yang sama. Zaman saya belum ada kereta 8 tahun lalu pun ia sudah ada sebab lokasinya berdekatan dengan stesen bas.

Otw pulang ke JB dari kampung halaman, kami singgah la sekejap untuk merasai sendiri putu bambu ni. Masa parking, tidak berapa ramai meskipun perlu beratur. Tidak lama kemudian, panjang giler orang beratur di belakang kami. Cuaca panas melenting pun tidak mematahkan semangat mereka untuk beratur tau.

Kenangan Aidiladha 1438H


Untuk membeli putu bambu ini, perlu beratur di kaunter. 1 set ada 6 pcs berharga RM3. Tak silap sayalah (terlupa pula).


Inillah dia Putu Bambu Juriah yang fofuler tu. Kami beli 2 set. Panas-panas lagi ni. Sempat juga masuk mulut seketol. Sedap. Kelapa dia melimpah ruah, tak kedekut.


Lokasinya di lampu trafik simpang 4 menghala ke Kluang. Memang nampaklah kedai ni dari jauh.


  • Share:

You Might Also Like

7 comments

  1. PC pernah beli juga..alhamdulillah sedap cuma kena bersabarlah sebab beratur panjang...kali kedua ada nak beli lagi tapi tak jadi sebab terlalu ramai yang beratur dah dua baris panjang..hujan pulak tu...yang berpayung lain,yang berbaju hujan lain..

    BalasPadam
  2. dah lama tak makan putu bambu. susah nak cari yang sedap.

    BalasPadam
  3. klu balik kg mesti nk singgah ayer hitam beli coconut shake n putu bambu.. mmg sedap,

    BalasPadam
  4. Baru tau ni.. menarik. Nanti klu lalu area ni mmg nak singgah. Thanks sharing :)

    BalasPadam
  5. Selalu duk tengok kat pasar malam putu bambu tak pernah try.. Kalau dekat kelantan putu herba yg popular selalu gak makan.. Lama tak makan la aduh terliur la pulak

    BalasPadam
  6. lama dah tak beli ni, padahal selalu jugak ke air hitam sebab malas nak beratur

    BalasPadam
  7. ada 1 lagi outlet dekat bandar tenggara

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.