Aktiviti Di Kampung

By Mar Mansor - 8:00 PG

Assalamualaikum
Aktiviti Di Kampung |  Aku memang dah plan nak cuti lama masa majlis adik bongsu aku. Kebetulan pula majlis jatuh pada cuti sekolah hujung tahun, faham-fahamlah kan cuti sekolah panjang. 

Aku ni nak cuti berjalan-jalan, tidur hotel, jalan-jalan cari makan tu memang tak la. Out of budget. Hujung tahun nak stanby duit sekolah anak dan insuran roadtax kereta. Itu yang bercuti di kampung halaman sendiri ajelah mampu. Sambil-sambil tu adalah aktiviti untuk budak-budak kan.

Tengok lah budak dua orang bukan main suka duduk kat kampung. Apa taknya, dapat main tanah, dapat kejar ayam, dapat baling-baling batu. Paling best, dapat main air lepas hujan.


Kasi chance main air tadahan hujan. Sampai basah baju masing-masing.


Hari pertama dan kedua kat kampung memang lincah betul budak dua orang ni. Lagi budak Alif, asyik ajak turun tanah. Oklah...layankan anak-anak.


Budak tak pernah jumpa tanah. Kusyuk dia kutip batu pastu baling-baling. Pelepuk kena kepala baru senyap sekejap. Kemudian, lari sana sini, bukan main seronok..

Penat berlari, main pasir pula. Dengan moncong-moncong main kereta.


Paling best bila nenek belanja aiskrim. Tak cukup nenek belanja, atok pula belanja. Tak cukup lagi? Ibu lah kena pow. Kedai sebelah rumah nenek je kot. Budak Alif pun dah pandai ajak pergi kedai. Aduhaiii


Dasar anak jantan. Kalau tak kereta, bola. Itulah yang dimainnya. Pastu main mesti ajak ibu. Tu dia, minum susu peluk bola.


Masuk hari-3 di kampung, nampak la bebudak ni keletihan. Penat berjalan hantar pengantin pun iye. Penat bermain pun iye.


  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. rindu zaman kocik2 dulu Tskkk 😭

    BalasPadam
  2. Lagi Seronok bila jumpa sepupu sepapat.. boleh main baling selipar.. hihihi.. game paling best kalau reramai

    BalasPadam
  3. syok la diorang balik kampung ek..the ilhams tak dapat balik kampung last week.. syamil pulak tak sihat..

    - Hernee Nazir -

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.