Seminggu Di Kampung Halaman

By Mar Mansor - 8:00 PG

Assalamualaikum

Seminggu Di Kampung Halaman | Entri lepas share aktiviti anak-anak. Kali ni share pula apa yang aku buat seminggu bertapa kat kampung.

Memang dah niat, selesai majlis adik bongsu aku sebelah perempuan, aku akan stay kat kampung nak tolong mak aku apa yang patut. Majlis kahwin kan, kira majlis besar.

Memang tak berapa harap tenaga orang blok (orang felda) sebab makcik pakcik jiran mak abah aku dah berusia. Kebanyakkan dah tak sihat. Apalah sangat kudrat mereka.

Di samping membantu mak abah, aktiviti selingan haruslah ada. Makan!!

Donut gebu air tangan emak aku. Banyak gak kitorang nak hadap, nak habiskan ni.

Ini pula sesi mengclearkan peti ais mak aku gara-gara nak masukkan 200 bekas kek coklet moist yang akak aku beli.


Aktiviti mempacking goodies beg para tetamu dilakukan dengan sepantas mungkin oleh kami-kami. Jemputan seramai 800. Ini goodies beg tetamu biasa. Untuk saudara mara kami asingkan.


Dalam ni kami isi air kotak, pek kecil gula-gula dan sepeket kerepek (kerepek-kerepek diberi oleh orang blok).


Akak aku rajin pula buat sushi kann.. Memang lahap la dapat makan. Aku suka inti ketam berbanding tuna. Cuma kicap sushi takde, terasa kurang nikmat di situ.


Ini pula giliran menu special aku. Karipap. Inti memang rahsia sikit, aku je tau apa yang aku bubuh. Tapi, takde yang bukan- bukan pun. Memang laju habis bila panas-panas terhidang.


Abah aku dengan ayam hutan memang tak dapat dipisahkan. Saudara mara biasa datang suka makan ayam hutan masak kari mak aku. Kira menu special keluarga aku la. Aku ni kalau kari ayam memang kureng sikit, tapi kalau dah buat cicah lempeng memang sodap wehh!!


Ni part penting, buang arang telur asin. Telur asin mesti ada untuk buat bunga telur. Ada 150 biji jugalah nak dikikis.


Selepas dikikis, perlu dibersihkan pula. Inilah kerja aku dan adik ipar aku. Kikis arang telur asin sambil berbual ntah apa-apa. Kemudian, telur direbus dengan api perlahan.


Sambil-sambil buat kerja, kita kunyah-kunyah. Jagung manis ni kakak aku beli bertongkol-tongkol. Apa lagi, kasi rebus.


Bila telur dah masak, ditos, dan biarkan sejuk seketika. Sambil layan drama kat tv, kami siapkan bunga telur.



Telur ayam rebus untuk saudara mara. Isi dalam bekas cantik sikit.



Banyak betul kerja sepanjang seminggu di kampung. Sebelum selesai majlis sebelah kami (lelaki), memang tak tenang jiwa raga.


  • Share:

You Might Also Like

6 comments

  1. Meriahnya, dah lama tak rasa suasana mcm ni

    BalasPadam
  2. Wah...meriah..Tak pernah dpt lg bunga telur isi telur masin...Huhu

    BalasPadam
  3. part join rewang ni..memang akak suka gila hehehe

    BalasPadam
  4. Makan besar ni

    Seronok buat kerja ramai ramai

    Cuma berkumpul ramai ramai ni wajib kawal mulut sebab banyak cerita kan

    BalasPadam
  5. bestnya rewang2 utk majlis kawin.... ada je keje nk dibuat.... pastu buat ramai2 nngn sedara n org kampung mmg meriah... makan pun sedap2 je heheheh...

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.