Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Keenakan Buah Tampoi

Assalamualaikum

Keenakan Buah Tampoi | Pertama kali saya melihat buat tampoi bila en.suami membeli dari penjual di sekitar Masai dan Pasir Gudang melalui FB. Saya tertanya-tanya juga bagaimana rupa buah tampoi ni sebelum ini dan kenapa namanya buah tampoi?


Buah tampoi atau nama saintifiknyaBaccaurea microcarpa atau Baccaurea griffithii adalah sejenis pokok hutan yang menghasilkan buah tampoi atau juga disebut 'tampui' dimana ia lazimnya tumbuh dikawasan hutan di negara kita.

Pokok Tampoi merupakan pokok saka dioceous daripada keluarga Phyllanthaceae adalah natif di Sumatra, Semenanjung Malaysia dan Borneo. Beberapa nama lain yang diberi pada buah tampoi adalah seperti tampoi batang, tampui, larah, merkeh, ngeke dan jugatampoi bulan.



Buah tampoi sama seperti buah rambai mempunyai struktur buah dan rasa hampir sama tetapi ia lebih besar dan ada rasa sedikit kelat. Rasanya lemak-lemak manis dan sedap. Bila dah makan berbiji-biji baru rasa sedikit kelat di lidah.


Perasan tak seolah bawang putih? Harga yang en.suami beli ialah RM10/kg tidak termasuk cas penghantaran.


Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. baru first time dengar haha teringin pulak nak rsa

    BalasPadam
  2. akak yg dh tua ni pun baru kenal buah tampoi.... bila dh penah merasa eh sedap lak...
    masa musim aritu, banyak kali jgk akak suruh laki akak beli... mmg puas la mkn...
    rasa dia mcm rambai tp besar...

    BalasPadam
  3. Dulu makan buah ni kat Cameron, kawan beli kat pasar, sedap..
    Kena yang masam memang masam..kena manis, sedap makan non stop...

    BalasPadam
  4. Terliur aihhh..Buah tampoi is my fevret..huhu

    BalasPadam
  5. BARU PERTAMA KALI TAW KEWUJUDAN BUAT NI.. NAMPAK MACAM SEDAP JAH TU

    BalasPadam
  6. Dekat kampung sis ada 2-3 batang pokok tampoi ni. Bila tiba musim buah, tampoilah yg paling kurang diminati dan kurang demand. The least favorite among durian, manggis, rambutan & langsat. Tapi pokoknya tak jemu brbuah saban tahun :)

    BalasPadam
  7. Saya suka juga buah tampoi ni.. tp dah lama tak makan. Mmg sedap.

    BalasPadam
  8. ada nampak kat pantry ofis masa awal september hari tu tak tak berani la nak cuba makan takut buka masam ke pahit. Rugi pulak tak cuba masa tu.

    BalasPadam
  9. belum pernah makan buah ni lagi...

    BalasPadam
  10. Saya penah dengar nama buah nie tapi nie la first time tengok buahnya.. Oh ya! TAHNIAH diucapkan kerana awak terpilih untuk di review dalam jurnal saya pada minggu ini.. jemput singgah..

    https://www.shikinrazali.com/2018/10/sahabat-blogger-pilihan_87.html

    BalasPadam
  11. pernah makan sekali je buah tampoi ni. Susah nak cari.. Tahniah kak jadi sahabat pilihan sis shikin razali.. ^^

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code