Resepi Sup Merah Gear Box

By Mar Mansor - 1:09 PTG

Assalamualaikum

Resepi Sup Merah Gear Box| Sepertimana yang korang rasa, saya pun rasa juga. Rasa sedih bila tak dapat pulang ke kampung Beraya kali ini menjadi kenangan paling berharga buat semua. mana tidaknya beraya di tempoh PKP, di kala covid melanda seluruh dunia. Rata-rata tidak dapat pulang ke kampung dan tidak dapat berziarah seperti raya sebelum- sebelum ni. Senang cakap, tak macam raya lah! PM cuma benarkan aktiviti menziarah di hari raya pertama sahaja dan hanya dibenarkan merentas daerah. So, yang nak merentas negeri tu takyah la wat sesak jalan raya kan.

Macam kami. Takde masalah pun kalau nak balik kampung tapi tempoh waktu yang dibenarkan tu terlalu singkat hingga saya berfikir dua kali untuk pulang ke kampung. Kami memang anak jati johor. Anak jati johor sampai pangkat atuk nenek. Takde campur darah negeri lain lagi. Hehe.. Tetiba bangga jadi rakyat jelata Johor.

Perancangan asal, menu raya kami seperti selalu lah. Ketupat, rendang daging, lodeh dan sambal kacang. Tapi, en.suami tetiba ubah fikiran pula. Dia siap-siap dah beli tulang gear box dan rusuk kambing. Daging pun ada beli, kot la saya nak jugak masak rendang daging.

Resepi Sup Merah Gear Box

Bahan-bahan:
- 1kg tulang gear box & 1 kg rusuk daging kambing
- 1 mangkuk cili kering (kisar)
- 2 sudu tepung jagung (bancuh air)
- 3 sudu besar sos cili
- 1 tin kecil tomato puree
- 3 sudu sos tiram
- Ketumbar, jintan manis, lada hitam, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang (dikisar halus)
- Bunga lawang & kayu manis (untuk menumis)
- 2 labu bawang merah besar (besar)
- 4 ulas bawang putih
- 1 inci halia (kisar)
- Serai (ketuk)
- Kiub pati lembu atau ayam atau ikan bilis
- garam gula secukup rasa

Cara-cara;

1- Bersihkan tulang gear box dan rusuk. Saya salut dengan tepung gandum dahulu sebelum cuci dengan air bersih. Tujuannya untuk mengurangkan bau hanyir.



2- Rebus tulang gear box dan rusuk tadi bersama hirisan halia dan serai sampai dagingnya empuk dan lembut.


3- Untuk memudahkan kerja, masuk je Noxxa. Saya set HP 30 minit untuk merebus tulang tadi.


4. Sambil menunggu Noxxa, macam- macam kerja lain boleh dibuat. Boleh la sediakan bahan lain.

5- Kisar bahan kering. Ketumbar, jintan manis, lada hitam, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang.


6- Selepas 30 minit, dah release wap, boleh la bukak penutup. Wow sangat kejadiannya.
Biarkan sejuk dulu. Airnya jangan dibuang. Penambah rasa tu.



7- Seterusnya. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar iaitu bawang merah, putih, halia, serbuk jintan (bahan kisar halus tadi). Bila pecah minyak, masukkan rempah 4 sekawan.

8- Seterusnya masukkan tomato puree, gaul sebati dan masukkan cili kisar. Masukkan sos tiram dan sos cili. Masak sampai betul- betul pecah minyak. Masa ni aroma dia memang menggiurkan.

9- Boleh juga tambah kentang dan lobak merah. Macam saya, saya tak tambah.

10- Seterusnya masukkan air rebusan daging, beserta tulang gear box dan rusuk tadi. Masak sehingga mendidih.

11- Akhir sekali masukkan tepung jagung bagi memekatkan kuah. Jangan lupa perasakan dengan garam dan gula.

12- Saya set Noxxa dengan HP 15 minit lagi.


13- Setelah bunyi ting, release wap.. tadaa...


Sedia dihidangkan dan selamat menjamu selera!









  • Share:

You Might Also Like

11 comments

  1. tak pernah masak gear box. tak reti. kalau nak, memang beli je la yg dh siap. hehehe. nampak sedap sup merah. kali pertama tahu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh cuba resepi ni kalau nak cuba. ni pun pertama kali saya masak. mudah je rupanya.

      Padam
  2. wahhhh mantap kejadiannya... akak tak pernah masak sendiri pernahla makan sekali dulu tapi mungkin tak jumpa tempat yang sedap lagi kot...

    BalasPadam
  3. Waaa nampak sedap laaa, guna Noxxa memamg sonang semua..nanti nak try...

    BalasPadam
  4. www.nonwovenbagmalaysia.com.my/ www.magspremiums.com
    MAGS PREMIUM GIFTS SDN BHD We specialize in premium and corporate gifts printing (cenderamata korporat) , Welcome to custom made your own design on the gifts. Example: non woven bags, tshirt, lanyard, keychain, etc...

    BalasPadam
  5. perhhhh mantap hasil kejadiannya tu sis. terlior nengoknye hehehe

    BalasPadam
  6. www.nonwovenbagmalaysia.com.my/ www.magspremiums.com
    MAGS PREMIUM GIFTS SDN BHD We specialize in premium and corporate gifts printing (cenderamata korporat) , Welcome to custom made your own design on the gifts. Example: non woven bags, tshirt, lanyard, keychain, etc...

    BalasPadam
  7. Thank you for sharing this wonderful post keep your awesome work
    I have many hobbies. I love to travel and read. But my favorite hobby is cooking. Let me tell you why! First, I'll tell you a little bit about why I started cooking. Secondly, I'll give you some information about what I like to cook. Third, I will say how I use the vietnamese food for cooking.

    When I started cooking, I was 10 years old. My mom wants me to be a chef. She has always believed that girls have to make different types of food, because one day they will get married. In my country, it is normal for girls not to cook. I feel lucky because I can cook many dishes. Now that I cook some of the dishes my children and husband love, I become happy and proud of my mother and myself. i am a food blog

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.