Aku

Stok Soflens Bausch & Lomb

8:00 PG

Assalamualaikum

Stok Soflens Bausch & Lomb | Semua sedia maklum, saya merupakan salah seorang pengguna kanta lekap. Pada saya, saya lebih selesa tidak memakai cermin mata sebab rasa sedikit rimas bila memakai cermin mata ni.

Tambah pula rasa pandangan mata saya tak cukup meluas bila berkaca mata. Selain, bentuk muka yang agak tak sesuai bila berspek. Pakai tudung pun kembang sekembangnya.
Kadang-kadang saya bercuti juga dari memakai kanta lekap untuk rehatkan mata. Balik kerja memang terus buka. Sejak memakai cermin mata baru dengan power baru agak jarang saya memakai kanta lekap. Memang biasa beli kanta lekap untuk penggunaan sebulan tapi beli single je tak beli by box.

Oleh kerana gaji hari tu dapat back pay increament, adalah duit extra sikit. Saya beli stok kanta lekap dan solution sekali. Power mata kanan 600, power mata kiri pula 550. Setiap satu kotak adalah power yang berbeza. Dalam 1 kotak ada 6 keping kanta lekap.

Saya memilih untuk memakai jenis ni sebab boleh pakai hingga 12 jam. Sesuai dengan tempoh bekerja saya yang kadang kala lebih 8 jam mengadap komputer, belum termasuk pergi balik kerja.

Sebenarnya, pengguna kanta lekap perlu sentiasa berhati-hati dalam memilih kanta lekap. Selain menitik beratkan akan kebersihan dan penjagaan kanta lekap tersebut.


Aku

Lipstick Novo Korea Style

8:00 PG

Assalamualaikum
Lipstick Novo Korea Style | Kuat betul terpengaruh dengan Korea ni. Bajet kalau pakai lipstick korea style boleh jadi cun cam orang-orang Korea? Hahah...saya lah tu!
Lipstick ni saya beli secara online di Shopee. Kebetulan masa online tu, memang item ni tengah hot sales! Harga pun jauh lebih murah dari yang di jual oleh seller online lain. Kalau seller lain ada jual RM20 tau. Paling murah saya jumpa, RM16 exclude postage.
Dek kerana taknak kempunan di kemudian hari, saya beli di Shopee dengan harga RM4.90. Murah sangat kan. Harga barang dan postage, total RM13.90 tak silap.
Tapi, bila dah bayar, dah submit address, baru perasaan, oversea. Maka, berhuhulah sebab menanti barang sampai mungkin sebulan.
Minggu lepas, saya dah terima lipstick ni. Punyalah lama kan nak tunggu, benda seketol je pun. Kelakar tak?


Tadaaaa..


Ok dah test pakai. Feeling korean sekejap.