Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Cerpen : PROLOG


PROLOG

'Pulang lah..pulang lah..'

Suara itu terngiang-ngiang lagi di telinga. Dia menoleh ke kiri ke kanan. Berputar di sekeliling. Hanya dipenuhi kegelapan. Hari sudah malam kah? Lama dia termangu sendiri memerhati sekeliling dalam kepekatan gelap yang tidak pasti penghujungnya. Seingatnya dia baru terlelap tidak sampai sepuluh minit. Suara tadi itu lah yang membuat dia terjaga. Seakan bergema di setiap sudut. Dia cuba mengingat sesuatu namun tidak terjangkau dek akalnya.

Mahu berjalan? Tapi ke mana hala tuju? Yang terbentang di depan mata hanya kegelapan tanpa cahaya. Seakan orang buta, dia teraba-raba mencari petunjuk namun hampa. Kakinya melangkah lagi. Jalan yang dilalui terasa kosong. Melangkah dah terus melangkah tanpa mengetahui waktu tika itu. Menapak tidak seperti berjalan di atas jalan raya. Tidak juga seperti di atas padang yang berumput. Arghhh..ternyata dia tewas. Tempat apakah ini? Dalam kegelisahan dia terduduk kelesuan. Dia memejamkan mata dengan harapan apa yang dialami itu hanyalah mimpi. Sedetik. Dua detik. Tiga detik. Mata dibuka dan ternyata dia masih dia situ.

Hatinya kian tidak keruan. Apa yang harus dilakukan tika ini? Hanya satu. Berdoa. Lantas dia membaca ayat suci surah Al- Fatihah. Dibacanya berulang-ulang kali sehingga mendapat ketenangan. Dia bangun semula meneruskan perjalanan yang tiada destinasi pasti. Sambil mulutnya tetap membaca surah suci itu tanpa henti.

'Pulanglah..pulanglah..'

Suara itu bergema lagi. Bacaannya terhenti.

“Siapa tu?”

'Pulanglah..pulanglah..'

“Siapa tu? Aku di mana? Tolonglah aku. Aku nak balik.” Merintih memohon simpati.

Dia tertinjau-tinjau sendiri mencari arah suara itu. Dan saat itu, dia terpandang satu jalur cahaya di sudut kegelapan. Kakinya pantas berlari menuju ke arah jalur cahaya itu. Semakin dekat dan dekat dan akhirnya dia melepasi satu cahaya putih yang amat terang.


Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code