Dari kejauhan sudah kedengaran tangisan halus. Tangisan yang datangnya dari celahan belukar. Nyaring, merintih memohon simpati dari sesiapa sahaja yang mendengarnya. Tangisan itu seakan tidak mahu berhenti.
Gelap malam yang samar-samar tidak membawa sebarang erti padanya kerna dia tidak mampu melihat alam. Dia hanya tahu menangis dan terus menangis. Nyamuk dan agas kelihatan berterbangan di merata-rata, menghinggapi setiap inci susuk tubuhnya. Dia tidak mengerti. Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan. Bagaimana mahu menghindar rasa perit digigit binatang penghisap darah itu? Dia tidak tahu nama binatang itu.
Yang dia rasakan, kulitnya sakit dan gatal setelah dihinggapi binatang itu. Kenapa dia di situ? Berseorangan tanpa teman di sisi. Sesekali terdengar lolongan anjing yang menakutkan. Tapi, dia tidak takut. Dia tidak tahu apa itu takut. Dia hanya tahu menangis.
Tangisan yang halus dan nyaring itu mula kedengaran agak parau dan perlahan. Pasti tekaknya sudah kehausan. Tidak ada minuman yang disua ke mulutnya. Tekaknya sudah mulai perit kerana terlalu banyak menangis. Matanya tidak mampu melihat dengan jelas namun telinga dapat menangkap pelbagai bunyi yang dia sendiri tidak mengerti.
Bingit dengungan nyamuk membataskan pendengarannya yang masih muda. Aduh..perit sungguh gigitan di kaki dan terasa seperti ada yang merayap-rayap. Kakinya yang montel itu terangkat-angkat menahan perit. Bahana apakah pula? Tadi binatang bersayap menggigitnya. Kini binatang merayap pula turut mengigitnya.

Keperitan yang menjalar memaksa dia menangis lagi. Suara paraunya nyaris-nyaris tidak kedengaran gara-gara tekaknya kian kering. Bagaimana mahu menghilangkan keperitan di tekak? Bagaimana pula mahu menghilangkan bisa gigitan binatang merayap? Oh..tiada siapa yang membantunya saat itu. Mungkin kerana dia terpelosok di celah belukar dan di dalam pekat malam.
Lolongan anjing yang bersahut-sahutan jelas menunjukkan sudah larut malam. Seketika kemudian, dia terasa seolah ada titisan yang lembut menimpanya. Titisan itu terasa sejuk apabila mengenai kulit tubuh. Perit gigitan sang binatang terasa hilang sedikit. Dia senyap.

Setitik. Dua titik. Kemudian, menderu tiba-tiba. Apa pula kali ini? Dia yang tidak mengerti masih terdiam kaku. Titisan yang dirasakan lembut tadi kian terasa kasar menghentam tubuhnya. Dengungan binatang terbang sudah tidak kedengaran. Yang didengarnya hanya bunyi deruan air. Dia menangis lagi. Kesejukan mula menyelubungi susuk tubuhnya. Dia tidak tahu berapa lama air deras menimpa tubuhnya. Hanya kesejukan. Sesekali tubuhnya bergetar menahan sejuk. Hujan semakin menggila. Tiada tanda mahu berhenti. Dan suara tangisan mulai tenggelam dalam hujan lebat.
Dia sudah tidak bermaya tatkala tangannya dikuis-kuis. Matanya tidak mampu dibuka. Rasa kantuk yang amat memaksa dia untuk terus lena. Namun sayup-sayup dia dapat mendengar suara asing. Suara seolah amat bersimpati dengannya. Tiada lagi dengungan sang terbang. Tiada lagi binatang merayap di kakinya.
Saat itu, dia terasa seakan diangkat oleh sesuatu. Lembut. Kemudian, terasa badannya kian hangat dan terasa benda lembut membalutinya. Kemudian, terasa pula kucupan lembut di pipi dan dahinya. Dia merasa cukup selesa. Dia rasa selamat. Dia tidak mahu berada di situ lagi. Dan dia terus terlena.

Nukilan dari hati seorang bakal bergelar Ibu,
Mar..
0 Ulasan
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.