Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Sesi 'Check-up' kali ke-5

 
13hb Februari 2012 – Sesi checkup kali ke-5

Usia kandungan sudah 26 minggu. Aku gi klinik desa tu macam sebelum2 ni la before kul8 aku dah ada kat klinik tu. Tapi arini tak ramai orang la.. jam dah kul8 baru la patient lain sampai. Aku biasa la dah get ready dgn air kencing aku dalam bekas. Hehehe..(pengalaman di klinik2 desa y besor...diorg bz..tak leh lengah2..nanti ada y bising.).

Nurse kata aku xde masalah. Cuma kena jaga pemakanan & mkn makanan y byk zat besi. Ada la nasihat skit dari dia.

Yang bagusnye mkn bayam merah. Bayam ijau pon leh tapi bayam merah lagi byk zat besi nya. Makan kerang, hati ayam seketul pon ok dah. Awk amalkan, kita tengak next check up nnti mcmana.”

Aku angguk je la macam burung belatuk. Maklumla pengalaman pertama. Banyak ilmu yang aku perlu pelajari. Persediaan untuk bersalin pon perlu kena wat dah. Berdebar-bedar gak bila nurse ckp cmtu, cam anak ibu ni nak keluar esok.

10.4 ni ok lg. Bulan lepas 10.2, emmm ada naik skit ni. Tapi makan makanan yang banyak zat besi. Tengok dalam buku ni contoh2nye. Jangan sampai turun 9.5. tu dah kira bahaya.”

Berat badan aku naik normal..ala baru 50kg. Memang tak gemuk pon. Berkat minum susu Enfamama kot. Masa kandungan aku ni 3 bulan, aku minum susu Anmum. Memang terasa manis hingga aku kurgkan skit sukatan. Then, rasa sembelit lak. Aku mana leh rasa sembelit ni..risau le. Yela ari2 membuang tak kira pg ke ptg ke tghari ke.. So, pas abis je susu Anmum tu, aku try la minum Enfamama lak. Ohohoho...takde rasa sembelit. Rasa cam biasa jek. Berat aku pun naik maintain. Ntah camne 1 arini aku bukak 1 blog. Ibu yang mengandung 3 bulan. Dia pon checkup kat klinik gomen gak sbb dia org gomen. Heheheh.. Nurse yang wat pemeriksaan dia tu gtau byk patient yang ada kencing manis time ngandung sbb minum susu Anmum.

Ini la intipati blog tu..

Tuesday, 31 January 2012


Sudah lama saya ingin mengutarakan topik berkenaan Susu Ibu ANMUM Essential @ lebih mudah diperkatakan susu khas untuk minuman ibu mengandung. 

Hm,kenapa topik ini yang saya pilih ya?
Berikutan check up pertama saya di Klinik Kerajaan di Rengit baru-baru ini amat mengejutkan saya.

Ups, tentang apa tu?
Ya, tentang susu ANMUM Essential ini lah...

Dalam 1 pertemuan nasihat tentang pemakanan ibu mengandung, sempat saya berbicara dengan seorang nurse berumur 40-an.


"Puan ni mengandung anak 1st kan?," tanya nurse itu di awal perbualan.

"yup," ringkas jawapan saya mengiakan.


"Pastikan puan ambil makanan yg berkhasiat...asid folik jangan tinggal dan lebihkan sayuran, buah dan susu ya...makanan & minuman yg boleh sebabkan keguguran, elakkan demi baby,"

"oh ya, susu pe yg puan minum sekarang ni?," Itu bibit tanya nurse tersebut.

"hm..buat masa ni saya hanya ambil susu igc biodex ..rasa tawar tanpa gula...," entah kenapa itu jawapan keluar dr bibir saya.

"hm, ok tu..yg penting puan minum susu...kalau tak ambil susu tu, leh gak amalkan susu kotak fresh milk pun ok..yg penting puan minum susu sehari 2x," Jelas nurse menerangkan pada saya.

"Tapi......saya tak galakkan puan ambil susu ANMUM," pantas nurse mencelah sebelum sempat saya bertanya selanjutnya.

"Ha, kenapa pulak?," terkejut saya mendengar fakta ini.



Mana saya tak terkejut, kerana kebanyakan rakan-rakan saya even my roomate yg mengandung pun minum susu anmum materna perisa coklat. Ada yg siap suggest kat saya lagi suruh beli susu ni..kata mereka sedap. 

Tapi ada juga orang-orang tua yg kata :-


"Jangan minum susu anmum ...takut baby besar t.....kepala baby besar.berat kg berganda..bukaan bawah tu akan teruk. tambah hamil anak pertama," 

hm....sudahnya ini pula kata nurse tersebut :-

"sebenarnya puan...susu di pasaran ni kte kena tengok sejauhmana peningkatan aras gulanya...kami ada kes patient yg mengalami peningkatan gula banyak...hingga mencecah kencing manis..walhal sebelum ni xde pun....dr siasatan, byk ibu-ibu tu minum ANMUM..kalau puan perasan...ANMUM telah keluarkan produk yg iklan baru menekankan kurang gula..itulah bermula kes yg kami kesan. Tapi saya tak halang jika puan nak amalkan..semunya hak masing-masing..sekadar berkongsi," panjang sekali buah nasihat nurse itu.


Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. hi assalammualaikum..usia kndugan saya 6weeks mcm tu .. n kemarin i start beli susu 😬.. excited sangat laa kan nk minum susu .. cari punya cari tatahu susu apa yg sesuai .. lastly i tanya i punyaa maksu .. maksu i ney nurse laa . then dia ada 3 org ank . biasala kan i tade pengalaman ney baru firstime .. i tnya mksu i susu apa yg bagus . then dia suggest i enfamama . so now i dok amalkan enfamama je macam awak 🤗

    BalasPadam
    Balasan
    1. Susu enfamama ni memang bagus untuk mak mak mengandung ni kan. Ibu tak pernah rasa susu enfamama semasa hamil dulu, sebab dah serasi dengan susu kambing. Tapi ramai yang cakap susu ni bagus.

      Padam
  2. Saye mengandung sudah 7 minggu..baru sahaja minum susu anmum perisa coklat ... Dh 2 hari minum kepala jd saket sgt..pastu letih sampi xleh bngon...ape yg sye patot buat...samada teroskn atau stop minum.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sis tak check ke takut darah tinggi ke. kalau tak selesa baik stop. mungkin sis boleh cuba jenama lain.

      Padam
  3. So susu enfamama ok ke X Kita mnum?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ok. saya minum masa anak pertama. susu ni tak manis tapi penuh khasiat.

      Padam
  4. Boleh saya tau , nak amalkan susu ni dari usia kandungan berapa week ye ?

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code