Jam menunjukkan jam 11.30 malam ketika dia menyedari kain batik yang dipakainya basah. Dia masih terpisat-pisat dan menggosok-gosok mata kerana kekantukan. Tiada rasa sebarang tanda sakit dan dia menyambung tidurnya semula. Seketika kemudia,n dia terjaga semula apabila terasa sesuatu menderu keluar. Kain batik yang dipakai sudah basah lencun. Tanda air ketuban sudah pecah. Dia segera mencuit suaminya yang tidur lena di sebelahnya. Suami yang agak terkejut apabila dikejut dari tidur bertambah-tambah terkejut apabila diberitahu keadaannya ketika itu.
Kain batik yang sudah lencun segera ditukar. Air yang keluar tidak juga suru-surut. Suami yang risau mengajak dia ke hospital dengan segera tetapi dia hanya tersenyum. Tuala di penyidai ditariknya lalu dia melangkah ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Selesai mandi, terdapat tompokan darah pula. Dia segera menyarung kain batik yang baru. Jam menunjukkan 2.30 pagi ketika dia ke hospital. Tiada juga muncul rasa sakit.
Zila Uitm: kul 230 pg br aku g spital
Zila Uitm: pn x sakit lg
Zila Uitm: kne seluk2 bgai
Zila Uitm: ko tau x, doc yg cek aku tu india
Zila Uitm: dh la india, laki plak tu
Zila Uitm: ms tu la aku merasa 1st time ngn CTG
Zila Uitm: x sakit lg
Zila Uitm: xde bukaan lgsg.pastu doc suh aku admit
Keesokan harinya, dia tetap tidak merasa sebarang kesakitan. Seharian dia menanti tetapi tidak ada sebarang tanda yang memungkinkan dia bersalin. Akhirnya, doktor terpaksa memberi suntikan kerana air ketuban telah pecah lebih 24 jam.
Zila Uitm: last2 18hb, subuh2 kul 630pg aku msk labor room lg
Zila Uitm: aku kne induce
Zila Uitm: huhuhu
Zila Uitm: 6 jam aku dlm labor room tau
Dia terpaksa menahan sakit lebih 5 jam tanpa suami di sisi berikutan larangan bagi suami untuk menemani isteri di hospital kerajaan kini. Bukaan baru 5cm tetapi kesakitan yang dia alami hanya Tuhan yang tahu kerana Allah Maha Mengetahui. Kesakitan yang ditanggung membuatkan dia seakan-akan lupa doa yang sering dia amalkan. Nafasnya sangkut sesekali. Tetapi demi anak yang telah dikandung selama 9 bulan, dia tidak berputus asa. Jururawat di sebelah turut memberi semangat. Saat dia hampir berputus asa, jururawat segera menarik tangannya dan dia dapat menyentuh kepala bayinya yang hampir keluar. Ketika itu bagai ada satu kuasa yang membantu, dia meneran sekali lagi dan terdengarlah tangisan si kecil.
Zila Uitm: then uri plak
Zila Uitm: pstu nurse tekan2 perut kuarkn drh
Zila Uitm: syok nye bau bby ms br lahir
0 Ulasan
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.