Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Check-up – 32 Minggu


26/03/2012 bersamaan hari Isnin.

1- Timbang berat – naik tak sampai 1kg pun. Berat badan sekarang 52.7kg.

2- Tekanan darah – 100/60.

3- Air kencing – bersih.

4- Kepekatan darah – 10.8 HB. Pulak dah. Kembali menjadi pesakit amnesia. Last checkup (12/3/12) 11.8 HB.

5- Tinggi rahim – 32cm.

6- Scan bunyi jantung – normal. Tapi terlalu laju. Nurse tanya, ada selalu rasa berdebar-debar tak? Nak kata selalu tu tak la, tapi ada la jugak rasa berdeber-debar tu. Aku terbaca pulak kat atas meja nurse tu, “ibu kerap berdebar-debar, kemudian ada rasa sesak nafas”. Aku dah mula risau. Sesi check-up kali ni agak lama sikit. Adakah kemungkinan baby aku ni ada sakit? Ya Allah..

7- Nurse bagi tunjuk ajar camne nak menyusukan anak. Anak 1st biasanya memamg fail bab menyusukan anak. Maklum la takde pengalaman lagi.

8- Ubat-ubatan – Iron, B-kompleks, Asid Folik & Vitamin C. Makan hari-hari.

Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code