Assalamualaikum
Usia & Kematangan | Meningkat usia seseorang tidak semestinya meningkat juga kematangannya. Ada yang berusia 25 tahun tetapi perangai seperti 20 tahun. Ada juga baru berusia 23 tahun tetapi kelihatan matang seperti berusia 26 tahun. Kematangan bukan kelihatan dari wajah tetapi dari segi tingkah lakunya.
Semua manusia dicipta berbeza-beza. Ada yang cantik, ada yang manis, ada yang tampan, ada yang sederhana saja. Itu semua cuma dari segi luaran. Yang penting adalah dalaman. Cantik bagaimana pun andai dia punya hati yang hitam, tidak menunaikan kewajipan, tiada Nur terpancar dari wajahnya. Tidak akan ada.. Cantik tapi malap.. Ibarat mahligai yang tidak berlampu..
Kenapa perempuan lebih cepat tua?
Antara sebab wanita nampak lebih tua
Usia tidak menjamin kematangan seseorang. Tetapi sebagai manusia, kita mempunya akal fikiran yang dapat membantu kita untuk berubah dari bersifat kebudakan ke arah kematangan.
Manja dan kebudak-budakan adalah sifat yang berbeza. Manja hanya dari segi laku bukan pemikiran. Tetapi kebudak-budakan adalah satu sifat yang jelas kelihatan dari segi laku dan pemikirannya.
Agak menghairankan di mata bila ada segelintir manusia yang berkahwin muda tetapi tidak mahu berubah dari segi pemikiran. Apabila seorang lelaki sudah melafazkan akad dan dia sudah termaktub mempunyai tanggungjawab yang besar untuk membimbing seorang insan yang bergelar isteri. Walau dia berusia muda sekalipun, apabila sudah sampai seru untuk berkahwin, dia harus sedar yang dia bukan budak-budak lagi. Bukannya dia yang harus dibimbing dan dibentuk oleh seorang isteri. Kemana hilangnya gelaran IMAM?
Beri dia masa..
Berapa banyakkah masa yang harus diberikan? Setahun, 2 tahun? Atau biarkan dia matang dengan sendirinya? Wallahuaklam.. sukar untuk dijangkau sesuatu yang semestinya sudah ditentukan olehNya.
Sesungguhnya Allah itu Maha Adil, Maha Mengetahui. Segala ketetapannya adalah benar dan terbaik. Tetapi, Allah telah mengurniakan akal fikiran kepada semua khalifah di muka bumi ini. Semuanya sama. Kita sendirilah yang perlu menggunakannya dengan sebaik-baiknya.
3 Ulasan
usia hanya angka...
BalasPadamyg pnting jiwa sentiasa muda..
hehehe
betul tu...
Padambetul..matang bukan nilai dri segi usia. ada je yang muda tapi matang dari segi fikiran dan tingkah lakunya. ada pula yang dah berumur tapi masih belum matang..
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.