Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Jamuan Perpisahan TAJ Sesi 2021 Di McDonald's

Assalamualaikum

Jamuan Perpisahan TAJ Sesi 2021 Di McDonald's | Mengenai jamuan akhir tahun sesi 2021, cikgu ada share di group whataps beberapa minggu lepas. Tapi, saya ni takde terfikir ini merupakan kali terakhir anak-anak berjumpa rakan sekelas dan cikgu. Jadi, saya ni tak terfikir pula nak beli hadiah untuk cikgu-cikgu Alif.

Ekoran kes positif covid kian meningkat sehari demi sehari selepas cuti CNY, tadika Alif mendapat arahan untuk PDPR di minggu terakhir persekolahan. Sedih kan.. PDPR macamana lah nak oi kalau ibu ni kat tempat kerja. Memang kelaut lah PDPR tu.

20.02.2022 - Jamuan akhir tahun di McDonald's Seri Alam. Dekat je dengan rumah, tapi nak tempoh 3 lampu trafik, perjalanan jadi lama. Memang berbeza tau, tahun 2012 masa saya baru menjadi penduduk di kawasan ini dengan 2022, sekarang ni. Penduduk kian padat, kenderaan bertambah, jalan jalan jadi jammed.


Jubah dipakai terus dari rumah. Nampak besar jubah tu bila budak Alif yang pakai. Tangan pun tak nampak. Jamuan bermula 9.30 pagi dan berakhir lebih kurang jam 11 pagi.






Seronok zaman tadika ni, dapat macam-macam hadiah. Takde perlumbaan akademik sangat. Dah nama pun budak lagi kan, belajarnya sikit, mainnya lebih.

Terima kasih banyak-banyak pada para cikgu yang berusaha mengajar Alif dan murid lain dengan penuh kesabaran. Jutaan terima kasih atas ilmu yang diturunkan. Semoga anak muridmu ini menjadi seorang insan yang berguna kelak.







Catat Ulasan

0 Ulasan

Ad Code