Assalamualaikum
Hadiah Sempena Aktif PDPR |Masih tak boleh move on pasal PKP, PDPR dan BDR. Letih berganda-ganda tapi seronok. Memang ada masanya meroyan jugak tapi tulah dapat mengajar anak-anak dan melihat diorang depan mata, memang saat yang sangat berjaga.
Macam Alif, tadika dia takde lah hari-hari ada online kelas. Selang seli. Jadi tidak terlalu struggle nak pantau diorang. Kak Aisyah pun jarang ada online kelas, biasa cikgu bagi homework dan link youtube sebagai rujukan. Layan..
Bila ada PDPR ni, yang bagusnya ibu bapa tahu tahap pembelajaran anak-ank. Contoh, kalau anak kita masih dalam fasa merangkak membaca, boleh la kita ajar dia. Yang tak bestnya pula, kita juga yang jadi cikgu tak bergaji. Ahahaha.. chill..
Tak sia-sia jugalah usaha saya selama BDR, luangkan masa sejam 2 untuk pembelajaran Alif. Tu yang bawa kerja sampai ke malam kalau ada kerja yang tak selesai.
Hadiah ni cikgu bagi masa naik kelas hujung tahun lepas (2021). Set tupperware tu.. memang nak bagi pada mak-mak ni sebab mak la yang jadi singa hari-hari kan.
Ini pula plat kenangan buat murid yang aktif berPDPR. Alhamdulillah Alif pun dapat juga. Selain tu, Alif dapat bouquet coklat dan alat tulis.
Seronok kan jadi budak tadika ni. Macam-macam hadiah dapat.
7 Ulasan
wah bestnya..macam macam dapat
BalasPadamwah..alhamdulillah..bagus tu sbb ni semua yg buat murid & parents bersemangat lagi ni
BalasPadamWah, tahniah la utk ibunya. Tanpa usaha ibu, tak mungkin dapat hadiah2 tu tau, Alif.
BalasPadamAlhamdulillah..seronok dapat hadiah. Tahniah untuk Alif dan ibunya :)
BalasPadamtahniah kerana berjaya mengharungi cabaran mengajar anak2 di rumah...
BalasPadamanak bongsu ammi (darjah 1) haritu dapat hadiah masa dia ke sekolah secara bersemuka. Ammi balik tengok hadiah tu dah togel tanpa pembalut. Bila tanya dapat hadiah apa...entahlah.."alip pandai kot katanya" ehhhhhhhh masuk bakul angkat sendiri pulak jawapannya
BalasPadamAlhamdullilah.. tahniah Alif dan ibunya..
BalasPadamTerima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.