Dapur lama
Selepas table top dipecahkan dan lantai pun dah sapu.
Upah pecah table top RM850
Tembok dinaikkan.
Selepas tembok diplaster.
Upah RM1500
Banyak kekurangan yang buat saya kurang berpuas hati dengan kontraktor ni. Mula-mula, tengok tembok pemisah tu memang puas hati giler sebab dia upah orang indon buat kerja tu. Tengoklah, plaster pun cantik. Tapi bila diorang mula buat table top saya, saya agak terkejut dengan hasilnya. Cincai.
Konkrit melendut mungkin sebab panjang table top saya 13', lubang sinki senget (ni memang nampak), sinki pun tak boleh masuk. Konkrit bahagian bawah pun tak rata. Lepas tu, bila lori bin sampai nak tarik bin, pasir-pasir yang banyak dia order tu tak kemas pun. Saya dan suami pula perlu masukkan pasir ke dalam bin tu. Penat tau.
Saya rasa kontaktor ni pikir kami akan terus pasang tile dengan dia kot. Sedangkan saya dah beritahu awal-awal cuma buat konkrit table top sahaja. Tapi, agak-agak la sikit bila buat konkrit tu. Kasi la cun sikit. Sebab dah bagitau juga saya nak pasang quarzt stone akan datang, tapi mungkin 2 ,3 bulan lagi. Bukan terus buat.
Bin RM160
Table top frame sepanjang 17'. Kawasan sinki tu 4' je.
Kalau nak tahu, saya memang mengidam nak table top quarzt stone. Kalau nak pasang di table top konkrit ni besar sikit modalnya, sebab perlu kira-kira meter persegi dan juga tambahan skirting. Memandangkan mata ni sakit sangat tengok konkrit table top ni, sampai rasa nak masak pun takde selera, terus saya contact Orostone untuk kerja-kerja pengukuran. Masa ni budget saya RM3000 je tapi selepas mereka buat kira-kira, over budget sikit. Pejam mata la awak..
Quarzt stone selesai RM3289
Selesai bab table top frame, saya tak nak upah dah kontraktor tu sebab saya tak puas hati betul dengan hasil kerjanya. Saya upah orang lain untuk pasang tile bahagian bawah table top dan naikkan tembok di belakang rumah (habiskan baki batu bata).
Berbaloi upah RM400 untuk pasang tile bahagian bawah sahaja dan naikkan batu bata di belakang rumah. Hasil kerja pun kemas. Dapur stainless steel jenama Milux saya beli dengan harga RM299 termasuk postage.
Bulan berikutnya, saya tempah kabinet pula. Pilihan saya, jenis aluminum. Setelah survey banyak tempat, kontaktor ini menjadi pilihan saya. Terus deal untuk datang rumah untuk buat pengukuran. Setelah diukur, sebut harga diberikan. Sekarang semua pakai whataps. Seperti biasa, pembayaran deposit dahulu. Deposit RM500 dan dalam 2 minggu kontraktor datang pasang. Dah siap pasang, terus transfer baki bayaran.
Kabinet pilihan adalah warna kelabu.
Siap semua, RM2370
Alhamdulillah. Selesai bahagian dapur. Lain kalilah kalau nak buat penambahan lagi. Cukup habiskan duit buat masa ni.
Berapa duit saya habis untuk dapat dapur idaman?
Table top baru + tembok : RM4850
Quarzt stone : RM3289
Dapur stainless steel Milux : RM299
Pasang tile bawah sahaja + ikat batu belakang rumah : RM400
Kabinet bawah : RM2370
Ganti paip sinki yang rosak, dan piping lain : RM200
Jumlah hangus : RM11,408
14 Ulasan
Alhamdulillah, dapat juga apa yg diidamkan. Kalau tak berhabis, memang beranganlah sampai bila2.
BalasPadammemang kena pejam mata jelah kalau bab rumah ni kan. sendiri juga yang nak guna
PadamKontraktor tu melayu ke cina ya,saya suka ambil cina sebab kerja diaorang kemas walaupun mahal puas hati,bukan tak ada melayu yg ok,cuma kena survey dulu la.
BalasPadamsebangsa saya.dah survey jugak la sebelum tu.
PadamAlhamdullilah.. dapat juga yang diidamkan ya..
BalasPadamsyukur. memang target ni.
Padamhangus tapi puas hati kan ;)
BalasPadampuas hati sebab duitnya nampak ke mana ia menghilang
Padamwwahhhh hasilnya cun, lagi lah seronok nak memasak-masak di dapur bila dapur baru kan. semangat lain macam hehehhe
BalasPadamtulah duit dah habis ke dapur ni kenalah rajin masak
Padamalhamdulillah berbaloi dengan duit yang keluar mar, akak ni kontraktor lari gitu je.actually bukan kontraktor la, orang persendirian jugak yang buat.Kawan kerja pulak tu.Kena tipu bulat-bulat dengan dia.Nak bergaduh dah malas.Last-last tukar kat orang lain, mozek lantai dah jadi dua warna..Sekarang ni kalau nak buat balik, kosnya tinggi sangat.Jadi pendamlah hasrat nak dapat yang diinginkan
BalasPadamye kak. kalau buat baru murah, tapi kalau pecah balik emm memang mahal la jadinya
PadamWahhh . tercapai hasratmu.. Lebih daripada duit kwsp tuu . Fuhhh... Alhamdulillahhh settle... Memang agak pening kalai serabut . kontraktor buat hal.. Haiyoooo...
BalasPadamtulah bayar mahal kan takkan la kerjanya tak sepadan.
BalasPadamapapun tahniah la setel 1 bahagian idaman.. kalau nak buat sekaligus takut tak terpejam mata nanti. hehe
Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.