Ad Code

Ticker

6/recent/ticker-posts

Selamat Tahun Baru 2022 & Selamat Tinggal Kenangan 2021

Assalamualaikum

Selamat Tahun Baru 2022 & Selamat Tinggal Kenangan 2021 | Masih di bulan Januari kan, tak lah lewat nak ucapkan selamat tahun baru buat semua. Moga tahun baru ni membawa seribu keberkatan dan kebaikan pada kita. Tak banyak kenangan di tahun 2021 ni, tapi nak kongsikan kenangan ketika bekerja dari rumah.

Bila bercerita mengenai PKP 3, saya sangat-sangat bersyukur sebab boleh bekerja dari rumah. Dari situ, saya dapat bersama anak-anak saya pantau pembelajaran mereka, sediakan makan minum mereka dan yang paling utama melihat mereka membesar di depan mata. Saya tidaklah bekerja dari rumah sepenuhnya, tapi ada jadual masuk kerja juga. Tapi, tetap rasa bersyukur masih ada pekerjaan dan gaji bulanan.

Apa aktiviti saya bila kerja dah selesai? Bila kerja office dah clear, saya akan berada di mood stanby sesambil  tu buatlah aktiviti di rumah. Jadi tak hairan kalau saya masih bekerja di waktu malam hingga jam 10 malam. Kadang-kadang awal pagi dah mula mengadap PC. Kita yang arrange masa kita bila di rumah, kena pandai-pandai lah. Lebih-lebih lagi bila ada anak kecik dan PDPR. Jangan pula kita ambil mudah dan mengambil kesempatan.

Apa aktiviti saya?

Pasang rak kasut, menyapu dan membersihkan car porch.

Sticker suis ni saya beli di Shopee. Waktu senggang saya gunting dan tampal sebab sticker original ni terlebih dari suis yang ada.

Sempat sambut hari jadi insan tersayang. Belikan dia set roti jala jelita ni. 

Bercucuk tanam katanya. Semai benih rockmelon tapi tak sembat berbuah dah kena kencing dengan kucing.

Dapat anak kucing. Dari mana ntah dia datang duduk bawah kereta je. Sebabkan PKP kan, saya bagi jela whiskes. Dah 3 minggu bagi makan baru dia nak masuk dalam rumah. Kucing ni la penyebab pokok rockmelon saya mati.


Kerja hakiki. Part documentation controller. Tapi, bila dah siap sampai ke sudah customer tak nak kitorang courier lagi dengan alasan MCO, belum terima hardcopy. Ko ghase?


Mencuba resepi di FB. Bila mood memasak datang, kita cubalah resepi yang ada.

Dapur memang berasap sentiasa lah. Antara menu kegemaran anak-anak. Tau-tau licin je pinggan ni.






Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Selamat tahun baru. Ada hikmahnya juga kan PKP.. all the best okeh

    BalasPadam
  2. Selamat melangkah ke tahun baharu 2022

    BalasPadam
  3. sedap nmpk masakan makk semua tuhh., ;p

    BalasPadam
  4. Selamat Tahun Baru 2022 Mar....Dulu masa banyak kucing, pokok mmg selalu mati akibat kencing kucing.....Udang goreng ke tu.... patutlah cepat je licin

    BalasPadam
  5. PKP ni ajar kita multitask more than we always do..
    ajar kita handle emosi

    BalasPadam
  6. Selamat tahun baru 2022 Kak Mar. Semoga tahun 2022 ni lebih indah.
    Banyak kenangan dan cerita masa PKP. Ada hikmahnya dalam ujian.

    BalasPadam
  7. Seronok anak2 ibu dia ada dekat rumah. Dapat makan masakan air tangan ibu tu yg seronok anak2

    BalasPadam

Terima kasih sudi membaca dan meninggalkan komen.

Ad Code